PIAM sambut Hari Insurans Am 2019 dengan program keselamatan dan survival banjir

oleh Mohamad Hanif|
Hujung minggu lalu, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah mengadakan program Keselamatan dan Survival Bencana Banjir bersempena dengan Hari Insurans Am 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hari Insurans Am merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh PIAM bagi memberikan kesedaran kepada umum tentang kepentingan perlindungan insurans kepada pelanggan di Malaysia, selain memberikan peluang kepada PIAM untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. 

Dianjurkan bersama Malaysian International Search and Rescue (MISAR), GID 2019 menarik penyertaan kira-kira 300 orang kanak-kanak berumur tujuh sehingga 12 tahun. 

 


Manakala Persatuan Penduduk di kawasan yang kerap dilanda banjir juga turut dijemput bagi memberikan penerangan terhadap risiko dan proses evakuasi ketika berlaku sesebuah krisis terutama musim monsun yang bakal tiba tidak lama lagi. 

Menurut CEO PIAM, Mark Lim berkata, "banjir merupakan salah sebuah daripada bencana alam semula jadi yang berlaku saban tahun, dan baru-baru ini banjir kilat lebih ketara kesannya di bandar-bandar besar disebabkan oleh aktiviti manusia itu sendiri. 

"Situasi ini bukan sahaja mendatangkan ketidaksenangan kepada komuniti setempat, malah ia juga mampu mengancam nyawa dan memberikan impak negatif kepada sosio-ekonomi negara," ujar beliau lagi.
 


Mark Lim turut memetik data yang diperoleh daripada banjir tahun 2014 di Kelantan dan Terengganu yang meragut kira-kira 21 nyawa dan lebih 200,000 orang terjejas, di mana lebih daripada 8,538 tuntutan dihantar melibatkan jumlah bernilai sehingga RM308.3 juta.

PIAM turut menasihatkan orang awam supaya memeriksa kembali polisi insurans dengan syarikat atau melalui ejen supaya perlindungan yang ditawarkan adalah mencukupi bagi menghadapi sebarang impak kewangan akibat banjir dan bencana alam. 

Berita Berkenaan

Informasi
  "Kerugian akibat banjir, sila rujuk senarai semak untuk memastikan syarikat insurans anda boleh…
Berita Domestik
Sebelum ini, MyCC mendakwa PIAM dan 22 syarikat insurans am lain telah melanggar Seksyen 4 Akta…
Berita Domestik
Bagaimanapun tuntutan berkenaan hanya boleh dibuat ke atas kenderaan persendirian yang diiringi…