PIAM cadang beri insentif kepada pemandu rekod bersih dari kemalangan

oleh Mohamad Hanif|
Industri insurans am mencatatkan penurunan sebanyak 0.8 peratus pada tahun 2019 dengan jumlah langsung premium kasar bernilai RM17.41 billion.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Segmen insurans kenderaan motor kekal menjadi penyumbang terbesar dengan pegangan pasaran sebanyak 48.3 peratus diikuti oleh insurans kebakaran (19.3 peratus). 

Insurans kenderaan bermotor mencatatkan jumlah premium langsung kasar sebanyak RM8.42 billion dengan penurunan sebanyak 0.4 peratus walaupun jumlah jualan kenderaan meningkat pada tahun lalu. 

Insurans motor telah mendaftarkan kerugian penajajaminan
selama lebih daripada 10 tahun. Purata premium setiap polisi telah menurun sejak 2016 dan kos keseluruhan pembaikan kenderaan meningkat disebabkan kenaikan harga ganti motor dan juga faktor lain.
 


Pada tahun 2019, kerugian penaja jaminan dicatatkan pada angka RM335 juga dengan RM5.48 billion dibayar untuk tujuan tuntutan motor. 

Ini bermakna, setiap hari amaun sebanyak RM15 juta telah dibayar syarikat insurans bagi menampung kerosakan harta benda, kecederaan dan kes kecurian. 

Selain daripada itu, PIAM dalam masa yang sama turut bekerjasama dengan para pemegang kepentingan dalam usaha menggalakkan pemanduan selamat di kalangan pengguna. 

Ini adalah berdasarkan laporan daripada The Star bertarikh 3 Januari 2020 yang menyebut PDRM telah mengeluarkan lebih daripada 290 ribu saman dan 63 peratus daripadanya merupakan kesalahan serius seperti melanggar lampu isyarat, melebihi had laju, memandu di laluan kecemasan dan memotong di garisan berkembar. 

Satu lagi laporan bertarikh 6 Februari 2020 turut menyebut kira-kira 23,208 kes kemalangan telah direkodkan sepanjang Ops Selamat 16, peningkatan 11 peratus berbanding Ops Selamat 14 sempena Tahun Baru Cina 2019. 
 


Menurut pengerusi PIAM, Antony Lee berkata, "sudah tiba masanya kita mengenakan denda bagi mengubah cara pemanduan yang berbahaya dan tidak bertanggungjawab itu. 

"Kerajaan dan pihak polis sepatutnya mengubah pendekatan memandangkan strategi yang diamalkan masa kini terbukti tidak efektif membendung masalah yang kian meruncing ini. 

Selain itu, adalah penting untuk syarikat insurans memberikan ganjaran kepada pemandu yang memiliki rekod bersih dan mengenakan premium insurans yang lebih tinggi kepada pemandu yang berisiko tinggi untuk mengalami kemalangan jalan raya. 

PIAM juga sedang berbincang dengan Bank Negara Malaysia untuk mengadaptasi pendekatan yang lebih berkesan menggunakan model harga berasaskan risiko, selain memberikan insentif kepada pemandu yang memiliki rekod bersih. 
 

Berita Berkenaan

Informasi
  "Kerugian akibat banjir, sila rujuk senarai semak untuk memastikan syarikat insurans anda boleh…
Berita Domestik
Sebelum ini, MyCC mendakwa PIAM dan 22 syarikat insurans am lain telah melanggar Seksyen 4 Akta…
Berita Domestik
Bagaimanapun tuntutan berkenaan hanya boleh dibuat ke atas kenderaan persendirian yang diiringi…