Piaggio MyMoover - skuter penghantaran makanan untuk pasaran Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Eksklusif untuk pasaran Jepun, Piaggio telah melancarkan sebuah skuter tiga roda MyMoover yang dihasilkan untuk tugas-tugas penghantaran barangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia didatangkan dengan ruang storan yang agak besar di bahagian belakang yang mampu memuatkan sehingga 261 liter muatan, serta tambahan rak kargo di bahagian depan yang mampu menampung berat 20 kg.
 

myMoover


Tidak cukup dengan itu, terdapat beg tambahan di bahagian tempat letak kaki yang mampu menawarkan ruang sehingga 5 kg.

Menurut Piaggio, kehadiran dua roda di bahagian belakang dikatakan mampu untuk mengagihkan berat dengan lebih berkesan, dibantu dengan mekanisme tahap kecondongan yang memberikan kestabilan dan pengalaman tunggangan yang lebih asli.
 

myMoover


Ia dikuasakan oleh enjin silinder tunggal empat lejang 125 cc sejukan cecair yang direka untuk menawarkan prestasi yang cekap dan boleh dipercayai.

Setiap roda turut diberikan dengan brek cakera bagi menawarkan kuasa pemberhentian yang memadai.
 

mymoover


Piaggio MyMoover ini dijual pada harga bermula dari 913,000 Yen (RM29,393) di pasaran Jepun.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Gaya Hidup
Cawangan di Johor Bahru itu merupakan MotoPlex kedua yang diuruskan oleh Goh Brothers Motorcycles…
Berita Global
Paten yang dimaksudkan itu merujuk kepada sistem kawalan yang membenarkan skuter tiga roda Piaggio…