Piaggio mulakan fasa produksi Vespa elektrik - jarak maksimum 100 km, masa pengecasan empat jam!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah diperkenalkan menerusi acara EICMA pada tahun 2016 dan 2017, Piaggio kini memulakan fasa produksi bagi penghasilan Vespa versi elektrik yang dinamakan Vespa Elettrica.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Mempunyai saiz dan dimensi yang serupa dengan adik beradiknya Vespa Primavera 50cc untuk tujuan menyelit di dalam kawasan bandar, Vespa Elettrica didatangkan dengan sumber tenaga puncak setinggi 5.4 kuasa kuda dan daya kilas 14.91 Nm daripada janaan elektrik sepenuhnya. 

Manakala jarak pengoperasiannya pula mampu mencecah sehingga 100 km untuk sekali pengecasan penuh, dengan masa kira-kira empat jam diperlukan sekiranya menggunakan soket kuasa standard di rumah anda. 
 


Usah risau oleh kerana peralatan pengecasan turut disertakan bagi memudahkan anda mengecas skuter elektrik ini di rumah. 

Skuter elektrik ini turut dilengkapkan dengan ciri paparan digital Vespa Multimedia Platform bersaiz 4.3 inci di mana pemilik boleh mengakses beberapa maklumat penting seperti jarak perbatuan, jarak tunggangan dan sebagainya, 

Uniknya, Vespa juga turut membekalkan beberapa sensor pengesan yang digelar ciri tunggangan berbantu (assisted riding) dengan kebolehan berkomunikasi antara kenderaan (V2V) bagi mengekalkan tahap keselamatan penunggang yang optimum di atas jalan raya. 
 


Menurut Vespa, skuter Elettrica dengan hiasan warna biru muda elektrik ini akan mula dibuka tempahannya menerusi laman web khusus bermula November ini dan jangkaan penghantaran awal ke pasaran Eropah akan dibuat pada Januari 2019. 

Harga jualannya pula bermula dari €6,390 (RM30,469++). 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Pelancaran Motosikal
Projek kolaborasi eksklusif Vespa kali ini adalah sempena menyambut ulang tahun Disney yang ke-100…
Model Terbaharu
Pengenalan edisi khas khas Vespa 946 10° Anniversario itu bersempena dengan sambutan tahun baru…