Piaggio Medley S 150 kini dipasaran-RM17,000

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Bersempena dengan Naza Merdeka Autofest 2017, Naza Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Piaggio di Malaysia kini telah melancarkan Piaggio Medley S 150 ABS serba baharu. Ia ditawarkan pada harga RM17,000 (tanpa GST) dengan waranti selama dua tahun.

 

Piaggio Medley S 150 ini dagandingkan dengan enjin iGet 150cc yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 15 hp pada 7,750 rpm. Menurut Piaggio, skuter ini menawarkan penjimatan bahan api iaitu 45.9km seliter dan melepasi piawaian standard EURO 4.

Medley

Jentera ini juga dilengkapi dengan sistem Start & Stop, suntikan bahan api elektronik, empat injap dan cecair penyejuk. Ia turut datang dengan lampu nyalaan siang LED, port cas USB dan ruang simpan barang di bawah tempat duduk yang boleh memuatkan dua buah topi keledar bersaiz penuh.

 

Dari aspek keselamatan, Piaggio Medley S didatangkan dengan sistem iBrek Anti Kekunci dua saluran ABS brake serta rim 16 inci bahagian hadapan dan 14 inci di belakang.

Medley

Bagi 33 pelanggan terawal, anda bakal mendapat aksesori original seperti kotak simpan barang bersama perehat sandar belakang, pelapik lantai di bahagian pemijak kaki serta waranti selama dua tahun.

 

Medley

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, terdapat laporan bahawa sebuah syarikat milik jutawan kelahiran Ipoh, Ong Beng Seng…
Berita Domestik
Acara ini menawarkan pengalaman Ferrari yang mengasyikkan, selain memperlihatkan pelbagai teknologi…
Berita Domestik
Disebabkan perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) yang dilaksanakan pada ketika ini,…