Piaggio, Honda, KTM, Yamaha bentuk Konsortium Motosikal Bateri Boleh Tukar (SBMC)

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat skuter Itali, Piaggio telah membentuk satu konsortium dengan Honda, KTM dan Yamaha untuk menggalakkan penggunaan bateri boleh tukar (swappable battery) pada motosikal elektrik dan kenderaan elektrik ringan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Konsortium Motosikal Bateri Boleh Tukar (SBMC) itu bertujuan untuk menggalakkan lagi penggunaan kenderaan elektrik ringan seperti skuter, moped, serta menyokong pengurusan bateri yang lebih lestari.

Menurut laporan daripada Reuters, objektif utama konsortium itu adalah untuk memfokuskan kepada jangka hayat bateri, masa pengecasan, infrastruktur, serta menetapkan standard spesifikasi teknikal antarabangsa untuk bateri boleh tukar.

Menurut kenyataan daripada Ketua Pegawai Operasi Motosikal Honda, Yoshihige Nomura menjelaskan, penubuhan konsortium ini adalah untuk menjadikan motosikal elektrik yang lebih mudah untuk digunakan, selain mampu untuk menyumbang kepada masyarakat yang lebih mampan.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Lebih tepat lagi, motosikal “Kawasaki Ninja H2 HySE” yang dihasilkan oleh Team Green ini merupakan…
Berita Global
Untuk itu, mereka bekerjasama dengan wakil-wakil daripada industri berkaitan untuk membangunkan…
Berita Global
Syarikat automotif Korea Selatan itu sebelum ini berhadapan dengan pelbagai masalah semenjak…