Piaggio Ape - 10 sebab kenapa ia lebih sesuai dari ojek

oleh HEZERI SAMSURI|
Pastinya kenderaan ini membuatkan anda teringat kepada bajaj atau tuk-tuk yang popular di Indonesia dan Thailand.

Bermula dari sebuah Vespa yang disambungkan kepada sebuah badan keluli, Piaggio Ape ini masih lagi wujud selepas 70 tahun dan versi terbaharunya digunakan di serata dunia, termasuk negara-negara maju seperti di Eropah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ape (disebut sebagai Ah-Pay, yang bermaksud lebah dalam bahasa Itali) kini digunakan sebagai kenderaan komersil dan juga untuk mengangkut penumpang.

Versi untuk penumpang ialah model Ape Calessino dan di bawah ialah spesifikasi teknikalnya.

  • Enjin
    • Enjin lulus piawaian L5E Euro 4 buatan Piaggio 197cc 4-lejang petrol dengan sistem suntikan bahan api serta sejukan udara
  • Kuasa maksimum
    • 8.7 hp @ 4,750 rpm
    • 14.6 Nm dari 2,250 rpm
  • Transmisi
    • 4-kelajuan (tidak termasuk gear undur)
  • Brek
    • Drum depan belakang, kawalan pedal kaki
  • Panjang/Lebar/Tinggi
    • 2.7 meter/1.37 meter/1.78 meter
  • Berat tanpa muatan/dengan muatan
    • 395 kg/645 kg
  • Saiz tangki bahan api
    • 7.5 L
  • Halaju maksimum
    • 60 kmsj 

 

 

Cadangan kerajaan untuk meluluskan teksi motosikal menerima respon negatif dari ramai pakar keselamatan jalanraya atas dasar keselamatan dan tidak sesuai dengan sistem jalanraya Malaysia.

Motosikal merupakan mangsa paling ramai dalam kes kematian akibat kemalangan jalanraya - lebih dari 60 peratus.

Mungkin Ape ini lebih sesuai digunakan sebagai pengangkutan "last mile" atas sepuluh sebab utama ini:

  1. Ia diluluskan untuk kegunaan di jalanraya awam oleh negara-negara maju di Eropah, termasuk Itali dan juga Jerman. Enjinnya sendiri sudah lulus piawaian Euro 4 dan kos operasinya jauh lebih rendah dari sebuah kereta.
  2. Jentera ini mempunyai tahap keselamatan yang lebih baik dari sebuah motosikal kerana penumpang duduk di dalam kerangka besi.
  3. Ape memberikan perlindungan kepada cuaca yang lebih baik kerana Malaysia mempunyai kadar hujan yang tinggi. Dengan ini, operasi pengangkutan awam tidak tergendala akibat cuaca.
  4. Ia lebih mudah untuk ditukar menggunakan bahan api alternatif seperti NGV atau elektrik, dan ini akan mengurangkan kadar pencemaran udara.
  5. Pemandu duduk berasingan dari penumpang.
  6. Dua orang penumpang boleh duduk di dalam sebuah Ape.
  7. Lebih praktikal kerana barang-barang penumpang boleh dibawa dengan selamat.
  8. Agensi kerajaan lebih mudah untuk mengawal Ape kerana ia boleh dilarang dari menggunakan lebuhraya - sangat merbahaya untuk ojek menggunakan lebuhraya kerana kadar kelajuan yang tinggi.
  9. Pemilik Ape boleh menggunakan ruang yang ada pada badan jentera ini untuk meletakan papan iklan (menjana sumber pendapatan tambahan).
  10. Ia boleh dipasang di Malaysia dan menjana pendapatan untuk industri automotif negara.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Gaya Hidup
Cawangan di Johor Bahru itu merupakan MotoPlex kedua yang diuruskan oleh Goh Brothers Motorcycles…
Berita Global
Ia didatangkan dengan ruang storan yang agak besar di bahagian belakang yang mampu memuatkan…