PHS Automotive Malaysia lancarkan Audi Assurance Package untuk pemilik baharu

oleh Danial Yasin Suhaimi|
PHS Automotive Malaysia (PHSAM) semalam telah mengumumkan pelarasan baharu untuk harga atas jalan bagi keseluruhan rangkaian model Audi, bersama pelancaran pakej jaminan Audi Assurance Package (AAP).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mulai 1 Januari 2023, semua kereta baharu yang dijual akan ditawarkan pakej jaminan AAP, dimana pembeli ditawarkan pilihan selama 3 tahun penyelenggaraan percuma dan penambahan jaminan pengilang dalam 3 tahun.

Pakej tersebut menjadikan jumlah perlindungan kepada 5 tahun, dimana pemilik baharu boleh menambahkan waranti pengeluar 2 tahun standard semasa kepada 5 tahun.

 

2

 

Bergantung kepada model yang dipilih, pakej jaminan itu bermula dari serendah RM8,000 hingga RM24,000, pemilik baru Audi juga boleh memilih pakej sama ada sebelum atau selepas pembelian dilakukan.

Pengarah Urusan PHSAM, Erik Winter berkata, “Pemilik Audi mengharapkan pengalaman pemilikan yang luar biasa, dan ia bermula dengan pembelian. Program ini direka untuk memberikan pemilik lebih nilai dan fleksibiliti pada harga runcit baharu, di samping memberikan mereka ketenangan fikiran."

3

“Selain itu, Pusat Audi kami juga bersedia untuk menyokong pemilik dengan tawaran selepas jualan dipertingkat dan pakej yang sesuai untuk memenuhi tuntutan gaya hidup mereka, dan untuk memastikan kenderaan mereka kekal dilindungi dari perjalanan yang mereka lakukan."

"Inisiatif ini menambah siri program penjagaan pelanggan kami untuk menjadikan Audi sebagai pilihan mereka yang mencari pengalaman pemanduan di atas kelas lain.”

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…