Phractyl Macrobat - eNVTOL dengan rekaan seakan seekor burung!

oleh Mohamad Hanif|
Genre eVTOL sememangnya satu segmen yang cukup meriah, rata-rata pengeluar dan syarikat pemula cuba untuk memperlihatkan rekaan masing-masing yang lain daripada yang lain.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terbaharu, sebuah syarikat pemula dari Afrika Phractyl telah hadir dengan sebuah konsep eNVTOL (electric Near Vertical Take-Off and Landing) Macrobat yang menyamai fizikal seekor burung, lengkap dengan komponen seperti kepak, bentuk badan dan kaki yang boleh dibengkokkan!
 

Macribat


Malah, struktur kaki itu juga menampilkan komponen runut yang membolehkannya bergerak seperti kereta kebal.

Rekaan 'kaki burung' itu membolehkan kokpit ditegakkan kepada posisi hampir menegak untuk berlepas dan mendarat pada apa jua permukaan bentuk muka bumi.
 

Macrobat


Phractyl Macrobat boleh dioperasikan oleh juruterbang, atau sebagai sebuah dron dari jarak jauh, dengan jarak penerbangan sehingga 150 km, kelajuan tertinggi 180 km/j dengan kapasiti muatan maksimum 150 kg.