Pewaris Lexus LFA bakal muncul sebagai supercar hibrid, sebelum menjadi supercar elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Ia bukan lagi satu rahsia di mana Toyota (Lexus) sedang membangunkan model pengganti untuk supercar ikonik Lexus LFA bernadikan V10 itu.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Satu laporan baharu muncul dari Jepun yang mendakwa pengganti Lexus LFA itu bakal muncul sebagai sebuah supercar plug-in hybrid, sebelum berubah menjadi kereta elektrik berprestasi tinggi.

Menurut Best Car Web, model pengganti itu akan menggunakan asas daripada platform TNGA (GA-L) di mana casis diperbuat daripada aluminium ringan sementara panel badan pula daripada gentian karbon.
 

Lexus


Versi plug-in hybrid akan muncul dengan trenkuasa bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar yang mampu menghamburkan kuasa 710 hp, dipadankan dengan motor elektrik yang mampu meningkatkan kuasa keseluruhan kepada 937 hp.

Sementara versi BEV yang telah dicanang-canang sebelum ini akan dilancarkan pada tahun 2026 selepas kehadiran model PHEV itu tadi pada tahun 2025.

Baca: Lexus Electrified Concept - pewaris sah Lexus LFA
 

Lexus


Berdasarkan laporan terdahulu, supercar elektrik yang menjadi pewaris kepada model LFA itu mampu memecut bawah 2 saat dari 0-100 km/j, dengan jarak gerak sejauh 700 km.

Terdapat kemungkinan besar supercar elektrik itu akan muncul dengan gandingan transmisi manual bagi menawarkan pemanduan yang lebih mengujakan, seperti yang telah diperlihatkan pada model AE86 BEV Concept sebelum ini.

Baca: VIDEO - Disebalik Tabir Pembangunan AE86 Carbon Neutral Project

Sumber: Best Car Web

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti yang dilaporkan oleh laman web Drive, terdapat satu unit Lexus LFA dijual pada Jun 2023,…
Berita Global
Walaupun sesetengah pembuat kereta menggunakan perkataan atau frasa tertentu sebagai nama model…
Berita Global
Melihatkan kepada persamaan nama yang digunakan pada model Lexus LFA sebelum ini, besar kemungkinan…