Peugeot tidak akan bangunkan hot hatch 308 GTI

oleh Mohamad Hanif|
Serentak dengan pelancaran hatchback generasi baharu Peugeot 308 baru-baru ini, syarikat automotif yang dahulunya sangat terkenal dengan barisan hot hatch mengesahkan model baharu itu tidak akan hadir dalam versi hot hatch GTI.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Top Gear, Pengarah Produk Peugeot Jerome Micheron menjelaskan, "jika anda lihat kepada pasaran (hot hatch) yang lebih sporti, dan melihat kepada regulasi pelepasan emisi CO2, pasaran tersebut telah pun runtuh."

Walaupun versi hot hatch tradisional GTI tidak akan muncul, namun beberapa laporan mencadangkan Peugeot bakal hadir dengan versi plug-in hybrid berprestasi tinggi PSE seperti yang diperlihatkan menerusi model 508 Peugeot Sport Engineered.

Namun, pilihan tersebut terpaksa ditolak memandangkan Peugeot sendiri tidak yakin dengan pasaran hot hatch sedia ada, dan dengan trenkuasa PHEV ia akan menambah berat tambahan kepada jentera hot hatch yang dimaksudkan.

Peugeot 308 2021 yang dilancarkan baru-baru ini dibangunkan atas pelantar EMP2 dan versi plug-in hybrid ditawarkan dalam dua pilihan kuasa, iaitu 150 hp atau 180 hp dengan bantuan motor elektrik 108 kuasa kuda.

Kedua-dua varian didatangkan dengan pek bateri lithium-ion 12.4 kWh yang membenarkan jarak operasi sifar emisi sejauh 60 km mengikut data WLTP.

Sumber: Top Gear

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaubagaimanapun, Mercedes mengumumkan untuk kembali pada penghasilan EV sepenuhnya pada awal…
Berita Global
Menurut laporan Reuters, Geely juga sedang mempertimbangkan beberapa model termasuklah kereta…
Informasi
  Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif EPMB, Lim Sim Yee berkata, pesanan tersebut diterima susulan…