Peugeot sasar 100 peratus penawaran model EV, HEV di Eropah menjelang 2025

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar automotif Perancis, Peugeot baru-baru ini mengumumkan pelan elektrifikasi keseluruhan barisan model di Eropah untuk tempoh empat tahun akan datang.

Menjelang tahun 2023, Peugeot mensasarkan 70 hingga 85 peratus model terdiri daripada kenderaan elektrik (EV) atau elektrik hibrid (HEV), dan sasaran 100 peratus menjelang tahun 2025.

Selain daripada pasaran Eropah, Peugeot juga turut menggunakan portfolio model elektrik hibrid mereka di peringkat global untuk menjadi sebuah jenama umum yang premium dan inventif.

Pada ketika ini, Peugeot sudah pun mula menawarkan versi plug-in hybrid (PHEV) pada model-model seperti SUV 3008, sedan 508 dan wagon 508 SW, terdiri daripada varian Hybrid dengan motor elektrik tunggal atau Hybrid4 dengan dua motor elektrik dan sistem pacuan AWD.

 

e-208


Tidak ketinggalan, model hatchback dan wagon generasi baharu 308 (dan 308 SW) di mana pembeli boleh mendapatkan versi PHEV dengan dua output yang berbeza.

Platform eCMP yang digunakan pada ketika ini turut membolehkan Peugeot menawarkan model elektrik sepenuh masa, seperti e-208, SUV e-2008, serta model-model dari jenama Stellantis yang lain seperti Opel Corsa-e, DS3 Crossback E-Tense dan Citroen e-C4.

Untuk kategori kenderaan komersial pula, Peugeot mensasarkan 100 peratus elektrifikasi model jauh lebih cepat berbanding sasaran untuk segmen kenderaan penumpang.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Peugeot kini memperkenalkan secara rasmi jentera yang bakal berentap di dalam kelas LMH, iaitu 9X8…
Berita Global
Menurut laporan daripada Top Gear, Pengarah Produk Peugeot Jerome Micheron menjelaskan, "jika anda…
Berita Global
Pesaing terus kepada model Volkswagen Golf itu memperlihatkan rupa hadapan yang garang, dimulakan…