Peugeot Roadshow 2023 tampilkan model EV e-2008 di 1 Utama

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bemula 17 hingga 25 Mei ini, Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd akan mengadakan Peugeot Roadshow yang akan menampilkan model terkini mereka iaitu SUV 2008 SE, trak pikap Peugeot Landtrek, dan model EV e-2008.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Peugeot Roadshow tersebut akan berlangsung dari 17 hingga 25 Mei 2023 bertempat di LUXE Concourse, 1 Utama Shopping Centre bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Antara model yang boleh disaksikan ialah SUV Peugeot 2008 SE yang telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia beberapa bulan lepas.

 

2

 

2008 SE menampilkan pakej aksesori yang merangkumi pelekat grafik istimewa, trim dengan kemasan warna hitam dan juga rim aloi bersaiz 17 inci.

Selain itu juga, BAuto turut menampilkan model EV terkini mereka iaitu e-2008, yang dikuasakan motor elektrik tunggal bersama bateri litium ion berkapasiti 50 kWj, menghasilkan 136 HP dan 260 Nm, dengan jarak gerak sehingga 320 km.

 

3

 

Turut dilancarkan pada awal tahun ini, BAuto juga akan menampilkan model trak pikap serba baharu, iaitu Peugeot Landtrek.

Landtrek menggunakan platform Changan Kaicheng F70, dimana ianya merupakan hasil pembangunan bersama Changan Automobile dan Groupe PSA.

 

4

 

Hadir dengan satu varian, Landtrek dikuasakan enjin 1.9 liter turbodiesel dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan bersama sistem pacuan empat roda yang menghasilkan 150 HP dan 350 Nm.

Saksikan sendiri barisan model-model baharu dari Peugeot bertempat di di LUXE Concourse, 1 Utama Shopping bermula 17 hingga 25 Mei 2023.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengunjung bakal menikmati rebat yang menakjubkan lebih RM8,000 dan berpeluang memenangi "ketupat"…
Berita Domestik
Mereka semua telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi bagi ASEAN, Daniel Gonzalez dan Pengarah…
Berita Domestik
Ia merupakan sebahagian daripada peralihan Stellantis untuk menjadikan Stellantis Malaysia sebagai…