Peugeot pula hasilkan motosikal

oleh HEZERI SAMSURI|

Jenama Perancis ini memang sudah mempunyai kereta dan skuter, tetapi di Pameran Kenderaan Paris tempohari, Peugeot menampilkan dua model motosikal yang nyata disasarkan kepada golongan urban.

Model P2X ini hadir dengan dua jenis enjin dan spesifikasi nampaknya berlainan mengikut kapasiti enjinnya.

P2X dengan enjin 125cc lebih berciri nostalgia di mana warna biru yang dipilih kena dengan logo Peugeot Motorcycle yang digunakan di panel sisi. Ia juga menggunakan roda lidi.

 

 

Untuk P2X 300cc, ia menggunakan konsep cafe-racer dan motosikal itu dilengkapi dengan hendal clip-on, sportrim dan pelana tunggal.

Kedua-duanya menggunakan enjin DOHC sejukan cecair, sistem gantungan hadapan terbalik (USD forks) dan dua penyerap hentak di belakang.

Peugeot juga menjadikan brek ABS depan belakang sebagai alatan standard untuk semua varian P2X, bersama paparan meter 5-inci LCD TFT dengan sistem i-Connect Bluetooth yang boleh disambung ke henfon dan sistem navigasi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebaliknya, fokus utama kali ini adalah penghasilan model baharu Peugeot dan Jeep di fasiliti…
Berita Global
Perubahan itu dijangka berlaku di bawah kepimpinan baharu Antonio Filosa, menggantikan Carlos…
Berita Global
Selaku pembuat kereta keempat terbesar di dunia, menguruskan begitu banyak jenama kereta terbukti…