Peugeot Motorcycles lancar skuter Django 150 di Filipina

oleh Mohamad Hanif|
Sejak dari tahun 1898 sehinggalah sekarang, Peugeot Motorcycles masih lagi kekal menduduki takhta pengeluar motosikal yang paling tua di dalam sejarah dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, jenama motosikal itu sudah boleh didapati di negara jiran Filipina di mana hak pengedarannya dipegang oleh Motostrada - syarikat yang sama membawa masuk jenama MV Agusta dan juga CFMoto.
 

Django


Model pertama yang bakal ditawarkan oleh Peugeot Motorcycles untuk rider Pinoy adalah Peugeot Django 150 - skuter retro moden yang diinspirasikan daripada model 50-an Peugeot S55.

Django 150 dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 150 cc sejukan udara yang mampu menjana kuasa 12 PS dan 9.2 Nm.
 

Django


Antara ciri menarik yang ada pada skuter 150 cc ini termasuklah sistem pencahayaan LED depan dan belakang, lampu utama halogen, ruang storan yang mampu memuatkan helmet, skrin paparan analog/digital, serta soket kuasa 12V untuk pengecasan peranti pintar.

Django 150 menawarkan ketinggian pelana 770 mm, rekaan lantai rata yang boleh memuatkan barangan tambahan, rekaan badan dua tona serta sistem brek ABS saluran tunggal.
 

Django


Kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 8.5 liter yang membolehkan tunggangan sejauh 350 km untuk setangki penuh.

Di Filipina, Django 150 boleh didapati dalam tiga varian utama, iaitu

  • varian asas dengan warna tunggal Mad Gray atau Bleu France (PHP 199,000 atau RM15,927)
  • varian homaj kepada S55 dengan warna Deep Ocean Blue atau Satin Red Cherry, berlogo 55 (PHP 205,800 atau RM16,471)
  • varian dua tona dengan warna Milky White/Deep Ocean Blue atau Milky White/Orange (PHP 216,800 atau RM17,351)

Sumber: RideApart

Berita Berkenaan

Berita Global
Paten yang dimaksudkan itu merujuk kepada sistem kawalan yang membenarkan skuter tiga roda Piaggio…
Berita Global
Baca: #2Kerja Syarikat Automotif Sedunia Namun, Peugeot sebenarnya hadir lebih awal menerusi…
Berita Global
Menerusi syarikat subsidiari Mahindra Two Wheelers Europe, Mahindra kini menguasai keseluruhan…