Peugeot Motorcycles lancar skuter ADV XP400

oleh Mohamad Hanif|
Anda mungkin kenal Peugeot menerusi barisan model kereta dengan rekaan yang sangat garang itu, namun harus diketahui Peugeot sebenarnya merupakan salah satu pengeluar motosikal yang tertua di dunia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bertempat di EICMA 2022, Peugeot Motorcycles melancarkan sebuah model baharu di dalam segmen skuter ADV, iaitu XP400.
 

XP400


Terdapat dua varian yang ditawarkan, iaitu XP400 Allure dengan rim aloi diikuti XP400 GT yang lebih mesra laluan off-road dengan rim lidi yang dibaluti tayar tanpa tiub.

Namun secara standard, kedua-dua model didatangkan dengan binaan badan yang sama, tayar dual-purpose, rim 17 inci depan dan 15 inci belakang, serta enjin silinder tunggal 400 cc sejukan cecair.
 

XP

 

Peugeot XP400 mampu menjana kuasa setinggi 36.7 hp, menjadikannya salah satu model yang berkuasa di dalam kelasnya.

Sistem suspensi terdiri daripada fork hadapan terbalik dengan jarak pergerakan 140 mm, diikuti penyerap hentak belakang tunggal yang dipasang secara mendatar.
 

XP


Sistem brek terdiri daripada rotor berkembar di hadapan, dan rotor tunggal di belakang yang dibantu dengan sistem brek anti-kunci dua saluran.

Antara ciri moden yang dimuatkan termasuklah skrin paparan TFT bersaiz lima inci berwarna penuh, port pengecasan USB dan storan yang besar di bawah pelana.

Setakat ini, tiada sebarang tanda harga diumumkan oleh Peugeot Motorcycles.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas kehadiran model 250 cc itu, Aveta Malaysia dilihat bakal melancarkan sebuah skuter kembara…
Telah Diuji
Mereka mula menggegarkan dunia menerusi pengenalan skuter X-ADV dengan sesaran enjin 750 cc, namun…
Pelancaran Motosikal
Desert X dikuasakan enjin Testastretta V-Twin 937 cc yang berupaya menghasilkan 110 hp @ 9,250 rpm…