Peugeot Malaysia perkenalkan pakej jaminan baharu

oleh Firdaus Razani|
PEUGEOT Malaysia baharu sahaja mengumumkan pakej jaminan standard yang baharu untuk semua kenderaan baharu PEUGEOT yang berkuatkuasa serta-merta.

Pelanggan yang membeli kenderaan baharu PEUGEOT kini layak untuk menerima jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 150,000km, mana-mana tiba dahulu.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Jaminan selama lima tahun ini merangkumi jaminan pengeluar untuk tiga tahun dan tambahan jaminan lanjutan selama dua tahun yang sama seperti jaminan pengeluar bagi semua kenderaan penumpang.

Jaminan lima tahun baharu itu boleh dilanjutkan dengan pilihan perlindungan selama dua tahun lagi, sekali gus memberikan perlindungan komprehensif sehingga 7 tahun atau perbatuan sejauh 200,000km, mana-mana tiba dahulu.

Sebagai tambahan, pelanggan mempunyai fleksibiliti untuk membeli jaminan lanjutan ini dalam tempoh 90 hari pertama bagi mendapatkan harga promosi. Jika ia dibeli 90 hari sebelum jaminan tamat, harga normal akan dikenakan.

 

peugeot

 

Promosi ini juga melibatkan jaminan model PEUGEOT LANDTREK sedia ada iaitu selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km.

Jaminan tersebut boleh dilanjutkan selama 2 tahun lagi menjadi 5 tahun atau perbatuan 150,000km pada harga nominal RM2,942.

Pelanggan juga boleh mendapatkan jaminan lanjutan selama empat tahun lagi menjadi tujuh tahun atau perbatuan 200,000km pada harga RM5,148 dalam masa 90 hari pertama selepas pembelian dibuat.

Untuk maklumat lanjut mengenai liputan jaminan baharu ini, pelanggan boleh menghubungi pusat panggilan sehenti di talian 1800-18-STLA (7852) atau layari www.peugeot.com.my/tools/faq.html

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara model baharu yang dimaksudkan itu termasuklah Peugoet 408, serta crossover elektrik e-2008…
Berita Domestik
Seorang pemilik Peugeot bertuah bakal berpeluang untuk memenangi perjalanan berbayar semua…
Pelancaran
Ia merupakan model ketiga selepas Peugeot 3008 dan 5008 yang dilancarkan oleh Bermaz Auto Alliance…