Peugeot Landtrek rasmi dilancarkan - 1 varian, enjin 1.9L, harga dari RM120,072

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah diperlihatkan pada awal tahun ini, pengedar sulung jenama terkenal Perancis iaitu Bermaz Auto Alliance hari ini telah melancarkan trak pikap Peugeot Landtrek serba baharu untuk pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Apabila disebut mengenai trak pikap, Peugeot bukan lah jenama yang sinonim dengan penghasilan kelas tersebut, kehadiran Peugeot Landtrek tentunya dapat merancakkan lagi saingan pasaran trak pikap di Malaysia.

 

2

 

Walaupun jarang dikaitkan dengan penghasilan trak pikap, Peugeot tetap mempunyai sejarah tersendiri melalui penghasilan model 202 pada tahun 1939.

Diikuti dengan model 203 selepas perang dunia kedua, model 403 dan 404, serta model 504 yang diperkenalkan pada tahun 1979 dan telah dihasilkan sebanyak 375,000 unit.

 

3

 

Untuk pengetahuan anda, Peugeot Landtrek merupakan sebuah trak pikap yang menggunakan platform Changan Kaicheng F70, dimana ianya merupakan hasil pembangunan bersama Changan Automobile dan Groupe PSA.

Sebagai permulaan, Peugeot Landtrek memiliki saiz dimensi sepanjang 5,330 mm, lebar 1,920 mm, tinggi 1,819 mm dan jarak antara roda sepanjang 3,180 mm, bersama kelegaan tanah sebanyak 235 mm.

 

4

 

Pada rekaan luarnya, ternyata Peugeot dapat memberikan satu rupa baharu dalam pasaran trak pikap, dimana ia kekal menggunakan bahasa rekaan Peugeot bersama lampu nyalaan siang LED berbentuk taring, rekaan jeriji yang besar beserta logo singa besar yang terpampang depan dan belakang.

Pada bahagian dalaman pula, kita dapat melihat rekaan ruang kabin yang kini sinonim dengan jenama Perancis itu bersama reka bentuk yang ringkas dan futuristik.

 

interior lamdtrek

 

Ianya dilengkapi dengan roda stereng dua jejari, suis kawalan fungsi stail piano di bawah corong pendingin hawa tengah, serta skrin infotainmen terapung 10 inci.

Seperti kebanyakan jenama lain masa kini, skrin infotainmen dari trak pikap Peugeot itu dilengkapi fungsi sistem kamera keliling 360 darjah, serta sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

 

infotainment

 

Dari segi keselamatan, Peugeot Landtrek dilengkapi dengan bantuan keselamatan seperti 6 beg udara, program kestabilan elektronik (ESP), kawalan menurun cerun (HADC) dan amaran keluar lorong.

Dari segi kuasa, Peugeot Landtrek ditawarkan dengan satu pilihan enjin, iaitu enjin 1.9 liter turbodiesel dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan bersama sistem pacuan empat roda yang menghasilkan 150 HP dan 350 Nm.

 

enjin

 

Untuk pasaran Malaysia, Peugeot Landtrek akan ditawarkan dengan 6 pilihan warna iaitu Ceramic White, Silver Grey, Magnetic Blue, Red Rubi, Rockstone Grey dan Olea Green.

Didatangkan dengan satu varian, Peugeot Landtrek 1.9D Allure akan ditawarkan dengan harga bermula dari RM120,072 atas jalan tidak termasuk insurans.

 

5

 

Peugeot Landtrek 1.9D Allure yang ditawarkan itu lengkap bersama jaminan pengeluar 5 tahun atau 100,000 km, yang mana terdahulu.

Kehadiran Peugeot Landtrek itu sememangnya dilihat berpotensi untuk memberi saingan kepada jenama US dan Jepun yang mendominasi pasaran tempatan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk pasaran Malaysia, kumpulan itu sekarang diwakili oleh Peugeot sahaja dan bulan November lalu…
Berita Domestik
Peugeot Roadshow tersebut akan berlangsung dari 17 hingga 25 Mei 2023 bertempat di LUXE Concourse,…
Telah Diuji
Kehadiran trak pikap dari perancis itu sememangnya memberikan pelbagai reaksi dari orang ramai,…