Peugeot dedah trenkuasa HYBRID4 500KW Hypercar Le Mans, mampu cecah 952 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Peugeot baru-baru ini telah memperlihatkan secara rasmi trenkuasa yang bakal digunakan untuk kategori perlumbaan Hypercar Le Mans (yang menggantikan kelas LMP1), dinamakan sebagai HYBRID4 500KW.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibangunkan oleh Peugeot Sport, trenkuasa baharu ini terdiri daripada enjin bentangan V6 2.6 liter dengan induksi paksaan turbo berkembar berkuasa 680 hp dan dibantu motor elektrik pada gandar hadapan berkuasa 272 hp.

Kuasa gandingan antara kedua-dua sumber ini membolehkan jentera Peugeot menghamburkan angka output setinggi 952 kuasa kuda!

 


Disebabkan regulasi, angka output keseluruhan hanya dihadkan kepada 680 kuasa kuda sahaja dimana dalam kebanyakan masa, kuasa enjin akan dihadkan kepada 405 hp.

Namun sekiranya kuasa daripada bateri sudah kehabisan dan motor elektrik tidak lagi berfungsi, kuasa enjin akan dikembalikan kepada asal.

Selain daripada itu, motor elektrik yang disebutkan itu tadi hanya boleh beroperasi dalam laluan pit sahaja, dan pada kelajuan melebihi 120 km/j.

 


Ini bermakna, jentera Hypercar Le Mans ini akan menggunakan konfigurasi pacuan roda belakang sahaja pada selekoh berkelajuan rendah, dan bertukar kepada pacuan semua roda pada seksyen jalan lurus dan selekoh berkelajuan tinggi.

Pengurusan agihan kuasa yang sangat kompleks ini akan turut dipantau dan dikawal secara elektronik menerusi komputer, di mana data-data ini akan dihantar kepada FIA untuk memastikan ia kekal mematuhi regulasi yang telah ditetapkan.

Peugeot telah bekerjasama dengan Total bukan sahaja untuk aspek pembangunan komponen dalaman dan pelincir, malah di dalam aspek pembangunan pek bateri.

 


Sama seperti F1 dan LMP1, jentera Hypercar Le Mans ini akan menggunakan sistem brake-by-wire dengan bantuan brek regeneratif yang mampu dikawal daripada kokpit mengikut keperluan.

Trenkuasa baharu ini akan mula diuji oleh Peugeot Sport pada separuh pertama tahun 2021.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pada perlumbaan 24 Jam Le Mans 1966 Ford diwakili beberapa pasukan di antaranya Shelby American…
Berita Global
Ia dikuasakan oleh enjin yang sama digunakan oleh McLaren F1 GTR 1995 tanpa sebarang pemasangan…
Sukan Bermotor
Dari segi dimensi, GR010 Hybrid ini memiliki ukuran yang lebih pajang 250 mm, lebih lebar 100 mm…