Peugeot dedah spesifikasi penuh 208 Rally 4 - 205 hp, harga dari RM304 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Peugeot Sport akhirnya mendedahkan secara rasmi spesifikasi penuh jentera rali aras mula Peugeot 208 Rally 4 yang bertindak menggantikan jentera 208 R2.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibangunkan atas casis yang serba baharu (berdasarkan Peugeot 208 generasi baharu), Peugeot 208 Rally 4 masih kekal dengan nadi tiga silinder sebaris 1.2 liter turbo yang sama didatangkan dari kilang. 
 


Namun, enjin tersebut telah menjalani modifikasi dengan menggantikan turbo yang lebih besar, sistem pengurusan enjin Magnetti Marelli, manakala kuasa tersebut disalurkan kepada roda menerusi kotak gear dari SADEV. 

Kuasanya? 

208 PS yang masuk pada putaran enjin 5,450 rpm dan daya kilas 290 Nm pada putaran enjin 3,000 rpm. 

 


Jentera rali pacuan roda hadapan ini akan membuat kemunculan rasmi di pusingan Madrid Rally di Sepanyol pada 22-23 November ini, dengan bantuan Efren Llarena dan Sara Fernandez sebagai pemandu dan juruarah. 

Bagi individu (atau pasukan) yang berminat untuk membeli jentera ini, tempahan boleh dibuat bermula Januari ini dengan harga jualan bermula dari €66,000 (RM304 ribu) tidak termasuk cukai yang berkaitan.