Peugeot dedah imej tambahan crossover PHEV 408, pelancaran rasmi 22 Jun ini

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung pada 22 Jun ini, Peugeot mendedahkan dua lagi imej teaser bagi model crossover plug-in hybrid Peugeot 408.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Menurut Peugeot, 408 merupakan 'spesies baharu' dengan reka bentuk fastback yang dinamik, rekaan badan dan roda yang besar, dan bahasa rekaan yang sama seperti model-model Peugeot masa kini.
 

408


Seperti contoh, rekaan muka depan yang banyak membawakan persamaan dengan model hatchback 308 dan sedan 508 terutama unit lampu nipis, lampu DRL berbentuk taring, serta rekaan gril yang lebih moden.

Sementara bahagian belakang pula menampilkan garis bumbung yang aerodinamik, spoiler terbina, unit lampu dengan grafik LED tipikal Peugeot, diikuti dengan rekaan bampar yang menampilkan komponen diffuser yang agak besar.
 

408


Setakat ini, Peugeot masih menyembunyikan butiran berkenaan trenkuasa plug-in hybrid 408, namun sebagai panduan Stellantis kini menawarkan tetapan pacuan roda depan dengan output kuasa 177 hp atau 222 hp, sementara versi AWD pula menawarkan kuasa setinggi 296 hp atau 355 hp untuk versi tertinggi.

Difahamkan, Peugeot 408 sudah pun menyempurnakan ujian pemanduan dunia sebenar sejauh hampir 1,100,000 km di bawah beberapa kondisi dan cuaca yang berbeza sebelum didedahkan kepada umum dalam masa terdekat.
 

408


Menariknya, untuk pasaran China ia akan dijenamakan sebagai 408X disebabkan Peugeot sebelum ini telah melancarkan sedan empat pintu dengan nama 408.

Berita Berkenaan

Informasi
Sejak dilancarkan pada penghujung April, PEUGEOT 408 telah menerima maklum balas positif dengan…
Berita Domestik
Penghantaran kenderaan ini berlangsung di Malaysia Autoshow 2024 di mana kesemua sembilan pemilik…
Model Terbaharu
PEUGEOT 408 serba baharu menyerlahkan perubahan radikal berbanding model terdahulu yang…