Peugeot dedah gambar acah 408 - bukan sedan, tapi crossover coupe!

oleh Mohamad Hanif|
Peugeot baru-baru ini telah mendedahkan sebuah gambar acah untuk model 408 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak seperti model 408 yang sebelum ini ditawarkan dalam bentuk sedan kepada model 308, 408 generasi baharu ini disifatkan sebagai 'spesies baharu' dalam keluarga Peugeot.

Ini kerana Peugeot menyifatkan model baharu ini sebagai sebuah model crossover coupe dengan sifat sebuah SUV dan garis badan fastback yang dinamik.

Menariknya, model baharu itu mengekalkan penggunaan format tiga angka (408) dan bukannya format empat angka (4008) yang biasa digunakan oleh Peugeot pada model-model SUV dan crossover, seperti 2008, 3008 dan 5008.
 

408


Berdasarkan teaser yang dibekalkan, Peugeot 408 ini bakal membawakan bahasa rekaan baharu yang sebelum ini dipamerkan pada model 308 dan 3008, dengan emblem baharu Peugeot, rekaan lampu agresif dan perkataan 408 di bahagian atas gril tersebut.

Sama seperti penawaran model terkini Peugeot, adalah dijangkakan Peugeot 408 bakal menampilkan penawaran trenkuasa hibrid termasuklah hibrid ringan dan versi plug-in hybrid, diikuti dengan versi elektrik e-408.

Ini kerana, platform EMP2 yang digunakan pada model-model seperti e-308 dan Opel Astra-e membuktikan platform tersebut boleh digunakan untuk penawaran versi elektrik sepenuh masa.

Difahamkan, Peugeot 408 generasi baharu ini akan muncul pada penghujung bulan Jun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara model baharu yang dimaksudkan itu termasuklah Peugoet 408, serta crossover elektrik e-2008…
Berita Global
Selari dengan peredaran zaman dan permintaan terhadap sedan yang semakin menurun, Peugeot cuba…
Berita Global
Peugeot menjawab persoalan ini dengan model baharu 408 crossover coupe, dan ia sebenarnya…