Peugeot beli majoriti saham kilang Naza di Gurun - jadikan Malaysia hab pengeluarannya di Asean

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kumpulan Naza hari ini menandantangai perjanjian dengan Groupe PSA (pemilik Peugeot dan Citroen) untuk membenarkan kilang pemasangan kenderaan Naza (NAM) di Gurun dijadikan hab untuk pemasangan kenderaan jenama Peugeot bagi pasaran Asean.

Groupe PSA adalah syarikat automotif kedua terbesar di Eropah dan ia percaya pasaran Malaysia dan Asean yang mempunyai 680 juta bakal pembeli itu cukup kuat untuk membolehkan mereka melabur di Gurun.

Majlis tandatangan perjanjian tersebut di lakukan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dan disaksikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

 

 

Groupe PSA membeli sebahagian besar dari saham NAM di Gurun dan ia menjadi kilang pertama Groupe PSA di Asean. 

Naza akan kekal menjadi pengedar tempatan untuk Peugeot sementara bagi pasaran Asean, Naza akan bergabung dengan Peugeot untuk usaha tersebut.

Model-model yang bakal dihasilkan di kilang itu tahun ini ialah Peugeot 3008 dan untuk tahun hadapan, Citroen C5 Aircross.

 

 

Kilang Gurun itu juga akan dinaiktaraf bagi membolehkannya memasang kenderaan yang menggunakan platform modular EMP2 dari Groupe PSA, khusus untuk kenderaan segmen C dan D.

Menurut Carlos Tavares, Pengerusi Badan Pengarah Groupe PSA, kewujudan hab Peugeot di Gurun, Kedah ialah satu kemajuan besar untuk strategi pelan "Push to Pass" oleh Groupe PSA.

"Kami gembira untuk meneruskan perhubungan perniagaan dengan Naza Corporation Holdings dan akan menggunakan asas ini sebagai satu usaha positif untuk bergerak maju," ujar beliau.

 

 

SM Nasarudin SM NAsimuddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan CEO Naza Corporation Holdings menyatakan terima kasih beliau kepada sokongan dari Grouppe PSA dan keyakinan mereka kepada Naza untuk terus melabur di Asean.

Berita Peugeot akan bertapak lebih kukuh di Asean sebenarnya telah dihidu oleh Careta dari tahun lalu, tetapi tidak ada perkembangan besar yang dapat disahkan. Ia semakin kuat dihidu semasa proses pembidaan Proton kepada beberapa buah syarikat asing, termasuk Grouppe PSA.

Selepas Geely dinobat menjadi rakan teknologi baharu Proton, berita mengenai Grouppe PSA untuk bertapak di Malaysia senyap seketika. 

Dengan kenyataan rasmi ini, maka Malaysia sedang bergerak ke arah halatuju yang tepat bagi menjadi salah satu hab penting kenderaan berteknologi tinggi bagi pasaran Asean.

 

 

Buat masa sekarang, Mercedes-Benz sudah ada mempunyai kilang pemasangan berteknologi tinggi di Pekan, Pahang (gambar atas) sementara BMW turut mempunyai operasi CKD mereka di Kulim, Kedah.

Malaysia menjadi satu-satunya lokasi pemasangan kenderaan-kenderaan hybrid di Asean bagi Mercedes-Benz dan BMW. 

Volkswagen juga mempunyai kilang pemasangan di Pekan dan strategi untuk menarik jenama canggih dari Eropah untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran mereka bagi rantau Asean sangat bijak.

Ini ialah kerana produk-produk berteknologi tinggi itu memerlukan vendor-vendor yang berpengetahuan tinggi dalam industri automotif alaf baharu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, terdapat laporan bahawa sebuah syarikat milik jutawan kelahiran Ipoh, Ong Beng Seng…
Berita Domestik
Acara ini menawarkan pengalaman Ferrari yang mengasyikkan, selain memperlihatkan pelbagai teknologi…
Berita Domestik
Disebabkan perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) yang dilaksanakan pada ketika ini,…