Peugeot akan jadi jenama EV sahaja di Eropah 2030

oleh Mohamad Hanif|
Singa Perancis, Peugeot akan menjadi jenama automotif elektrik sepenuh masa di Eropah menjelang tahun 2030.

Menurut CEO-nya, Linda Jackson mengesahkan Peugeot tidak lagi akan melancarkan kenderaan berenjin pembakaran dalaman (ICE) di benua tersebut selepas tahun 2030.

Namun begitu, mereka masih lagi akan menawarkan model-model enjin konvensional di sesetengah pasaran.

"Apabila kami beralih kepada platform baharu STLA Small, Medium, dan Large menjelang tahun 2030, semua model kami akan menjadi kenderaan elektrik," jelas Jackson kepada laman Automotive News Europe.

"Namun, saya harus memastikan penawaran model berenjin pembakaran dalaman akan diteruskan untuk para pelanggan di pasaran lain.

Dalam laporan terdahulu, Kesatuan Eropah mencadangkan kesemua kenderaan baharu yang dijual di Eropah seharusnya merupakan kenderaan sifar emisi menjelang tahun 2035.

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
Perubahan itu dijangka berlaku di bawah kepimpinan baharu Antonio Filosa, menggantikan Carlos…
Berita Global
Selaku pembuat kereta keempat terbesar di dunia, menguruskan begitu banyak jenama kereta terbukti…
Berita Domestik
Penghantaran kenderaan ini berlangsung di Malaysia Autoshow 2024 di mana kesemua sembilan pemilik…