Peugeot 508 SW baharu diperkenalkan, empat pilihan enjin ditawarkan

oleh Mohamad Hanif|
Era kebangkitan SUV ketika ini memperlihatkan semakin kurang pengeluar yang menghasilkan model wagon/station wagon/estate untuk penjualan kepada umum.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, ia tidak menghalang Peugeot untuk memperkenalkan model terbaru 508 SW dengan beberapa ciri yang menarik serta rupa serba baharu. 
 


Terdapat empat pilihan nadi kuasa iaitu dua enjin petrol turbo 1.6 liter, masing-masing menghasilkan 178 bhp dan 221 bhp, manakala dua lagi enjin diesel terdiri daripada 1.5 liter menghasilkan 128 bhp dan 2.0 liter yang menghasilkan 178 bhp. 
 


Rekaan i-Cockpit masih lagi merupakan elemen utama di dalam rekaan kabin 508 SW ini, ditambah dengan kemasan kayu pada papan pemuka dan kerusi dengan balutan kulit mewah. 

Sebagaimana model yang terdahulu, 508 SW juga turut dilengkapkan dengan ciri bantuan pemanduan termasuklah kawalan pemanduan adaptif, bantuan pengekalan laluan serta ciri pandangan malam (night vision). 
 


508 SW ini juga amat praktikal dengan penawaran ruang but sebesar 530 liter dan boleh ditambah menjadi 1,780 liter sekiranya kerusi belakang dilipat ke bawah. 

Cukup besar untuk kegunaan di masa kecemasan ataupun ketika mengangkut barangan membeli belah ketika musim perayaan ini. 
 


Peugeot bakal memperkenalkan model 508 SW ini secara rasmi pada Paris Motor Show 2018 dan dijangka memasuki pasaran seawal 2019. 

Peugeot juga bakal memperkenalkan versi plug-in hybrid (PHEV) dengan jarak pengoperasian sejauh 50 km menggunakan mod elektrik sahaja.  
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengunjung bakal menikmati rebat yang menakjubkan lebih RM8,000 dan berpeluang memenangi "ketupat"…
Berita Domestik
Mereka semua telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi bagi ASEAN, Daniel Gonzalez dan Pengarah…
Berita Domestik
Ia merupakan sebahagian daripada peralihan Stellantis untuk menjadikan Stellantis Malaysia sebagai…