Peugeot 508 SW 2019 - jentera wagon moden yang sangat cool untuk kegunaan keluarga

oleh Mohamad Hanif|

Peugeot sebenarnya sudah pun memperkenalkan model 508 SW (wagon) kira-kira setahun yang lalu namun sangat sedikit informasi yang diberikan pada ketika itu. 

Ini adalah kerana pengeluar dari Perancis itu sebenarnya baharu sahaja memulakan fasa pengedaran wagon segmen D tersebut kepada 10 buah pasaran di sekitar Eropah. 
 


Sama seperti versi sedan, Peugeot 508 SW dikuasakan oleh enjin generasi baharu petrol turbo PureTech dan enjin diesel BlueHDi. 

Untuk versi petrol, Peugeot menawarkan enjin 1.6 liter turbo empat silinder sebaris dalam dua talaan yang berbeza: 178 kuasa kuda dan 222 kuasa kuda, antara yang berkuasa dalam barisan model Peugeot. 

Kedua-dua versi enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan. 
 


Manakala versi diesel pula tampil dengan tiga sesaran yang berbeza iaitu: 

  • 1.5 BlueHDi - 128 kuasa kuda, transmisi manual 6 kelajuan atau automatik 8 kelajuan
  • 2.0 BlueHDi - 158 kuasa kuda, transmisi automatik 8 kelajuan
  • 2.0 BlueHDi - 178 kuasa kuda, transmisi automatik 8 kelajuan

Selain daripada trenkuasa bahan api fosil, para pelanggan Peugeot juga boleh mendapatkan varian plug-in hybrid (PHEV) bermula 7 Jun ini. 
 


Versi hibrid untuk 508 SW ini menawarkan kuasa 222 hp terima kasih kepada janaan enjin 1.6 liter (178 hp) dan motor elektrik (107 hp). 

Pek bateri berkapasiti 11.8 kWh yang didatangkan mampu memberikan Peugeot 508 SW mampu bergerak sejauh 40 km dalam mod elektrik sahaja. 
 


508 SW ini juga amat praktikal dengan penawaran ruang but sebesar 530 liter dan boleh ditambah menjadi 1,780 liter sekiranya kerusi belakang dilipat ke bawah. 

Cukup besar untuk kegunaan di masa kecemasan ataupun ketika mengangkut barangan membeli belah ketika musim perayaan ini. 

 


Sama seperti adik-beradik Peugeot yang lain, 508 SW juga tampil dengan ciri paparan Peugeot i-Cockpit, bantuan pemanduan terkini termasuklah ciri pandangan malam menggunakan infra-red.

Untuk pasaran Eropah, Peugeot 508 SW dijual pada harga bermula dari €33,600 (RM157,069). 

Add new comment

Careta Ad