Peugeot 408 2023 - 'sedan' fastback dengan elemen crossover

oleh Mohamad Hanif|
Apa akan jadi sekiranya anda cuba menggabungkan elemen sedan dengan garis badan liftback serta elemen rekaan crossover di dalam satu produk?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Peugeot menjawab persoalan ini dengan model baharu 408 crossover coupe, dan ia sebenarnya diposisikan di antara model hatchback 308 dan sedan 508 dengan jarak kelegaan tanah yang telah ditinggikan.
 

408


Peugeot 408 dibangun menggunakan platform EMP (sama seperti model 308) yang telah dikemaskini, dengan membawakan ukuran sepanjang 4,690 mm dan jarak antara roda sepanjang 2,787 mm - dimensi yang hampir sama dengan 'kembar'nya Citroen C5 X.

Malah, 408 juga menawarkan ruang kargo sebesar 536 liter (atau 471 liter untuk versi plug-in), dan mampu mencapai ruang sebesar 1,611 liter apabila kerusi baris kedua dilipat (1,545 liter untuk versi plug-in).
 

408


Dari segi rupa, Peugeot 408 membawakan bahasa rekaan terkini Peugeot dimulakan dengan lampu LED, lampu DRL berbentuk taring, serta gril hadapan yang lebih moden.

Bahagian belakang 408 ini menguatkan lagi sifatnya sebagai sebuah crossover, terutama pada bahagian bampar yang sarat dengan elemen cladding, lampu utama yang nipis, serta struktur 'telinga kucing' pada atas tiang C yang dikatakan mampu mengoptimasikan aliran udara di bahagian tersebut.
 

408


Terdapat beberapa pilihan enjin ditawarkan pada model 408, di mana versi asas hadir dengan enjin PureTech tiga silinder sebaris 1.2 liter (130 hp/230 Nm), sehinggalah kepada dua varian plug-in hybrid (PHEV) dengan enjin 1.6 liter.

Varian PHEV itu menampilkan enjin 1.6 liter dengan motor elektrik (109 hp), di mana enjin itu sendiri didatangkan dengan dua talaan yang berbeza, iaitu 150 hp dan 180 hp.

Versi yang paling tinggi mampu menjana kuasa keseluruhan setinggi 225 hp dan 360 Nm, sementara versi yang lebih rendah pula menghasilkan kuasa keseluruhan 180 hp/360 Nm.
 

408


Peugeot 408 membawakan versi i-Cockpit dengan pendekatan yang lebih moden, terdiri daripada roda stereng yang kecil, paparan instrumen digital, serta skrin infotainmen bersaiz 10 inci yang dihalakan ke arah pemandu.

Pembeli juga boleh mendapatkan sistem audio Focal dengan 10 pembesar suara yang dibangunkan secara khusus untuk model 408.

Difahamkan, Peugeot 408 akan mula dipasarkan secara rasmi pada awal tahun 2023 selepas proses pemasangan dimulakan di kilang Mulhouse, Perancis, sementara pasaran China pula akan mendapat nama baharu 408X untuk membezakannya dengan model sedan 408 yang baharu sahaja diperkenalkan minggu lalu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara model baharu yang dimaksudkan itu termasuklah Peugoet 408, serta crossover elektrik e-2008…
Berita Global
Selari dengan peredaran zaman dan permintaan terhadap sedan yang semakin menurun, Peugeot cuba…
Berita Global
Menurut Peugeot, 408 merupakan 'spesies baharu' dengan reka bentuk fastback yang dinamik, rekaan…