Peugeot 405 sedan segmen D ke-12 paling laris di dunia tahun 2020!

oleh Mohamad Hanif|
Peugeot 405 merupakan sebuah model sedan segmen D yang telah pun lama dihentikan produksinya oleh Peugeot sejak 25 tahun yang lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, jika anda kebetulan duduk di negara Iran, anda masih lagi boleh mendapatkan sedan Peugeot 405 tersebut.

 

 

Ini kerana syarikat Iran Khodro (dikenali sebagai IKCO) masih lagi menghasilkan sedan tersebut jauh lebih lama berbanding syarikat Peugeot itu sendiri.

Di sana, Peugeot 405 dipasarkan dengan nama Peugeot 406 (Azerbaijan) dan Pars (versi facelift), dan menariknya penjualan sedan ini berjaya meletakkan Peugeot 405 ditangga 20 teratas sedan segmen D yang laku terjual untuk tahun 2020.

 


Menurut laporan daripada Twitter Car Industry Analysis, sebanyak 77,000 unit Peugeot 405/Pars telah dijual sepanjang tahun 2020, jatuh 24 peratus berbanding tahun terdahulu.

Lebih menarik lagi, Peugeot 405 berjaya mengalahkan model Peugeot 508 yang lebih baharu dan lebih moden, di mana model 508 itu hanya sekadar menduduki tangga ke-19 denga jumlah pengeluaran 24,000 unit untuk tahun 2020.
 


Versi facelift Peugeot Pars ditawarkan dengan enjin 1.8 liter yang berupaya menghasilkan hanya 108 kuasa kuda, serta penawaran standard seperti brek cakera belakang, sistem kawalan iklim, tempat duduk elektrik, ABS, EBD dan dua beg udara sahaja...

Sumber: CarThrottle, Car Industry Analysis