Peugeot 308 SW 2022 - tawar ruang kargo sehingga 1,634 liter!

oleh Mohamad Hanif|
Di Eropah, permintaan terhadap kenderaan genre station wagon/estate masih lagi kekal stabil, lihat sahaja kepada penawaran beberapa buah model terbaharu yang dikhususkan untuk pasaran tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai sebuah pengeluar yang pernah tampil dengan wagon seksi 508 SW, Peugeot kini memperlihatkan secara rasmi model 308 hatchback yang ditambah praktikalitinya, iaitu Peugeot 308 SW.

Disasarkan sebagai alternatif kepada SUV segmen C, Peugeot 308 SW dibangunkan atas platform EMP2 dan memiliki dimensi panjang 4,641 mm, jarak antara roda bertambah 55 mm kepada 2,732 mm, diikuti dengan penambahan 22 mm pada jarak overhang belakang.

 


Dari segi rekaan, Peugeot 308 SW masih lagi membawakan muka hadapan yang agresif, dimulakan dengan lampu LED yang slim, lampu belakang bertemakan kuku harimau senget (seperti model hatchback).

Rekaan pintu belakang pula didatangkan dengan spoiler terbina, sementara bampar belakang menempatkan lampu mengundur, lampu kabus, serta bukaan tip ekzos bersegi.

Menurut Peugeot, 308 SW ini mempunyai kadar pekali seretan (Cd) yang telah ditambahbaik kepada 0.277.

 


Kelebihan yang ada pada sesebuah station wagon sudah pasti ruang kargo yang cukup besar untuk memuatkan apa jua barangan, di mana Peugeot 308 SW ini mampu menawarkan ruang sebesar 608 liter, atau sehingga 1,634 liter apabila tempat duduk belakang dilipat (nisbah 40:20:40).

Ruang kabin wagon ini banyak berkongsi rekaan dengan model 308 hatchback, termasuklah skrin kluster digital 3D 10 inci, sistem infotainmen 10 inci, sistem pencahayaan ambien LED, roda stereng diameter kecil, dan sistem audio Focal Premium Hi-Fi yang dilengkapi 10 pembesar suara dan amplifier 690W 12 saluran.

Peugeot turut menawarkan opsyen trenkuasa yang sama seperti model 308 hatchback, seperti enjin 1.2 liter PureTech 130 (128 hp) serta enjin 1.5 liter BlueHDi 130 (128 hp) dengan padanan transmisi automatik EAT8, serta pilihan trenkuasa plug-in hybrid.

 


Peugeot 308 SW PHEV pula boleh dipilih sama ada versi Hybrid 180 atau Hybrid 225, di mana kedua-dua datang dengan enjin 1.6 liter PureTech yang menghasilkan 148 h, serta bantuan motor elektrik 109 hp.

Versi Hybrid 180 mempunyai angka output 177 hp sementara Hybrid 225 pula datang dengan kuasa 222 hp, serta padanan transmisi automatik e-EAT8.

Kedua-dua versi PHEV itu dilengkapi dengan bateri lithium-ion 12.4 kWh yang membolehkan pergerakan tanpa pembakaran bahan api sejauh 60 km (data WLTP).

 


Masa pengecasan pula adalah sekitar 1 jam 55 minit dengan menggunakan pengecasan 7.4 kW, atau 7.05 jam menggunakan soket standard.

Untuk pasaran Eropah, Peugeot 308 SW bakal tiba di pusat pameran menjelang akhir tahun ini, dan harga jualan pula hanya akan diumumkan kelak.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua model ini dikuasakan oleh motor elektrik tunggal yang mampu menjana kuasa setinggi 156 hp…
Berita Global
Sama seperti model 'penderma', Astra Sports Tourer menampilkan garis bumbung yang panjang, kapasiti…