Peugeot 308 generasi ketiga dilancarkan - rupa garang!

oleh Mohamad Hanif|
Generasi ketiga Peugeot 308 akhirnya selamat dilancarkan dengan penampilan yang ternyata lebih agresif dan ia juga merupakan model pertama yang menggunapakai logo baharu Peugeot yang retro itu.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Pesaing terus kepada model Volkswagen Golf itu memperlihatkan rupa hadapan yang garang, dimulakan dengan lampu nyalaan siang LED berbentuk taring, selari dengan reka bentuk yang ditawarkan pada model-model Peugeot masa kini.

Gril hadapan tanpa bingkai itu merupakan pendekatan yang sama digunakan pada SUV seperti 3008 dan 5008, serta diapit dengan lampu LED matrix yang lebih nipis.

 


Rekaan elemen 'kuku singa' pada lampu belakang LED telah direka semula dengan sudut condong yang lebih ketara, namun kedua-dua unit kiri dan kanan itu tidak disambungkan dengan unit jalur LED seperti kebiasaan kereta masa kini.
 
Dari segi dimensi, Peugeot 308 memiliki dimensi 4.36 meter panjang, jarak antara roda pula bertambah 55 mm kepada 2,675 mm dan ketinggian dikurangkan 20 mm kepada 1.44 meter.

Pertambahan dimensi ini membolehkan ruang penumpang yang lebih luas di bahagian belakang, sementara ketinggian yang direndahkan membolehkan kadar pekali seret dikurangkan kepada 0.28.

Sementara ruang kargo di bahagian belakang menawarkan ruang sekitar 412 liter (daripada 420 liter pada model terdahulu) dan boleh diperbesarkan sehingga 1,323 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat, dan ruangan storan ekstra 34 liter di sekitar kabin.

 


Ruang kabin Peugeot sememangnya jarang mengecewakan, dan elemen yang sama turut digunakan pada model Peuget 308, seperti gugusan butang fungsi di bahagian tengah, butang kawalan HVAC sensitif sentuhan, skrin paparan digital 10 inci dan diikuti dengan skrin tengah bersaiz 10 inci.

Selain daripada itu, terdapat slot pengecasan nirwayar, pencahayaan lampu ambien LED, sistem audio Focal 10 pembesar suara, tempat duduk boleh laras berkuasa elektrik, dan fungsi Clean Cabin yang menapis gas-gas dan partikel berbahaya dan dalam masa yang sama mengekalkan kualiti udara kabin.

 


Generasi baharu Peugeot 308 kini didatangkan dengan pilihan enjin turbo tiga silinder sebaris 1.2 liter dengan dua output yang berbeza, iaitu 110 hp dan 130 hp yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan atau manual enam kelajuan.

Versi diesel pula menampilkan enjin empat silinder 1.5 liter yang menghasilkan 130 hp, sementara versi plug-in hybrid pula terdiri daripada pek bateri berkapasiti 12.4 kWh, motor elektrik 81 kW dan enjin gasolin yang menawarkan dua output yang berbeza (150 hp dan 180 hp) dengan angka output gandingan masing-masing 180 hp dan 225 hp.

Walaupun kedua-dua berbeza kuasa, jarak sifar emisi pula kekal pada jarak 60 km mengikut data WLTP.

 


Peugeot 308 akan mula dijual di Eropah pada separuh kedua tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua model ini dikuasakan oleh motor elektrik tunggal yang mampu menjana kuasa setinggi 156 hp…
Berita Global
Peugeot menjawab persoalan ini dengan model baharu 408 crossover coupe, dan ia sebenarnya…
Berita Global
Tidak seperti model 408 yang sebelum ini ditawarkan dalam bentuk sedan kepada model 308, 408…