Peugeot 308 2022 bakal hadir dengan teknologi plug-in hibrid, 300 bhp, pacuan semua roda!

oleh Mohamad Hanif|
Peugeot 308 generasi kedua yang dilancarkan pada tahun 2013 membawakan kemaskini kepada bahasa rekaan yang digunakan oleh Peugeot dan kemudiannya diikuti oleh model-model seperti 3008, 5008, 208 dan 2008.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nampaknya, peranan yang dibawakan suatu ketika dahulu akan diteruskan lagi oleh generasi terbaharu Peugeot 308 yang akan membawakan penggayaan sama seperti model Peugeot 208 dan Peugeot 2008 generasi terkini.

Dijadualkan pengenalannya pada 2022, Peugeot 308 akan dibangunkan menggunakan platform EMP2 dan ditawarkan dengan trenkuasa plug-in hybrid, terdiri daripada enjin 1.6 liter petrol serta motor elektrik yang memacu roda hadapan sahaja.

Namun, versi yang lebih berkuasa bakal hadir dengan sebuah lagi motor elektrik yang digunakan pada gandar belakang seperti yang digunakan pada model 3008 PHEV.

Tetapan ini memberikan Peugeot 308 sebuah hot hatch berkuasa 300bhp yang dipadankan dengan sistem pacuan semua roda, serta talaan casis serta pakej penggayaan yang mampu menyaingi hot hatch seperti Golf R.

 


Hot hatch baharu ini akan dipasarkan di bawah sub-jenama baharu Peugeot Sport Engineered (PSE) yang bakal membuat kemunculan menerusi model berprestasi tinggi 508 pada musim luruh ini.

Jika formulasi 508 PSE ini berjaya, ia bakal diteruskan pada model-model lain seperti 3008 serta model hot hatch 308 yang disebutkan tadi.

Peugeot 308 akan diteruskan dengan penawaran bentuk hatchback lima pintu atau versi station wagon, serta kemungkinan untuk memasukkan sekali bentuk crossover melihatkan kepada kejayaan yang dikecapi oleh Mercedes-Benz GLA-Class.

Namun sayang sekali, Peugeot 308 generasi baharu tidak akan ditampal dengan lencana GTi seperti model generasi terkini.

Sumber gambar: AutoCar UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua model ini dikuasakan oleh motor elektrik tunggal yang mampu menjana kuasa setinggi 156 hp…
Berita Global
Peugeot menjawab persoalan ini dengan model baharu 408 crossover coupe, dan ia sebenarnya…
Berita Global
Tidak seperti model 408 yang sebelum ini ditawarkan dalam bentuk sedan kepada model 308, 408…