Peugeot 3008, 5008 2022 facelift rasmi dilancarkan - varian tunggal Allure, harga dari RM162k

oleh Mohamad Hanif|
Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia hari ini melancarkan dua buah model SUV facelift Peugeot 3008 dan Peugeot 5008.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang diperlihatkan pada pelancaran di peringkat global tahun lalu, Peugeot 3008 dan 5008 menampilkan muka hadapan yang lebih kompleks, dimulakan dengan rekaan gril tanpa bingkai, skup bampar kiri dan kanan, unit lampu LED penuh dengan ciri lampu membelok (cornering lamps) serta lampu nyalaan siang berbentuk taring.

Sementara bahagian belakang pula turut menampilkan teknologi LED penuh dengan efek kuku tiga dimensi serta lampu indikasi membelok sekuential.
 

SUV


Selain daripada itu, kedua-dua model mendapat ciri seperti pintu tailgate berkuasa bebas tangan, bumbung panoramik, sistem kemasukan tanpa kunci serta rim bersaiz 18 inci rekaan Los Angeles untuk 3008 dan Detroit untuk model 5008.

Ruang kabin pula menempatkan teknologi papan pemuka digital i-Cokcpit yang terdiri daripada skrin digital 12.3 inci, skrin infotainmen 10 inci berdefinisi tinggi serba baharu dan dipadankan dengan rekaan roda stereng yang kompak.

Tidak ketinggalan, butang fungsi piano di bahagian tengah yang menempatkan akses pintas kepada fungsi seperti audio, pendingin hawa, navigasi, tetapan kenderaan, aplikasi mudah alih dan lampu amaran bahaya.
 

5008


Untuk kemudahan penumpang, terdapat slot pengecasan peranti pintar nirwayar, serta sokongan sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.

Ciri keselamatan termasuklah kamera undur 180 darjah Visiopark 1, bantuan pengekalan lorong aktif, amaran tumpuan pemandu, sistem pengesanan had kelajuan, sistem pemantauan titik buta, mod pemanduan Advanced Grip Control (Normal, Snow, Mud, Sand, ESP off), serta ciri keselamatan pasif seperti enam beg udara, ABS, ESP, EBD, bantuan brek kecemasan (EBA), kawalan kestabilan dinamik (DSC), regulasi anti gelincir (ASR) dan bantuan mula mendaki.

Dari segi kuasa, kedua-dua SUV 3008 dan 5008 facelift ini masih lagi mengekalkan enjin 1.6 liter THP yang mampu menjana 165 hp dan 240 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan dengan ciri quickshift dan pacuan dua roda hadapan.
 

SUV


Dipasang di kilang Stellantis Gurun, Kedah, Peugeot 3008 facelift ini dijual pada harga bermula dari RM161,616.66 sementara Peugeot 5008 facelift bermula dari RM177,311.90.

Harga yang disebutkan itu tadi adalah termasuk pengecualian cukai SST 100 peratus bagi model CKD.

Kedua-dua SUV didatangkan dengan jaminan selama lima tahun dengan had perbatuan 100,000 km yang mana terdahulu, serta pakej penyelenggaraan percuma selama tiga tahun dengan had perbatuan 60,000 km (yang mana tiba dahulu).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Crossover segmen C ini bukan sahaja akan ditawarkan dalam versi elektrik, akan tetapi versi hibrid…
Berita Global
Menjelang pelancaran rasmi model baharu SUV berjenama singa Perancis yang akan berlangsung pada…
Berita Global
Untuk model semasa yang masih lagi wujud di pasaran tertentu, Peugeot telah mengemaskini penawaran…