Peugeot 208 serba baharu - lengkap dengan lampu taring singa!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Belum pun sempat acara Geneva Motor Show membuka tirai, Peugeot telah mendedahkan informasi rasmi berkenaan supermini Peugeot 208 serba baharu.

Hatchback segmen B yang dibangunkan berdasarkan platform terkini CMP architecture dari PSA itu mengambil inspirasi daripada rekaan abang besarnya Peugeot 508, boleh dilihat menerusi penampilan luaran secara keseluruhannya. 


 


Motif lampu nyalaan siang LED jenis taring singa di bahagian front fascia turut dipakaikan pada Peugeot 208 ini memberikan imej yang lebih garang berbanding generasi terdahulu. 

Peugeot memberikan pilihan tawaran rim sport sehinggalah saiz sebesar 17 inci untuk menghiasi ruang arca roda hatchback ini. 

Memasuki ruang kabin pula, papan pemuka Peugeot 208 ini memakai rekaan futuristik, jika sekali imbas tidak menampakkan ia sebuah kereta segmen B. 
 


Dengan penggunaan stereng two-spoke, kluster meter terapung i-Cockpit, skrin multimedia yang besar - berbeza saiz paparan dari lima sehingga 10 inci mengikut spesifikasi -  dan butang-butang fungsi ala-ala kapal angkasa sekaligus memberikan imej yang lain daripada yang lain pada 208 ini. 

Dari segi nadi kuasa pula, terdapat enjin petrol tiga silinder sebaris berkuasa turbo 1.2 liter yang didatangkan dalam tiga konfigurasi kuasa -

  • 75 hp dengan transmisi manual lima kelajuan, 
  • 100 hp yang datang dengan kotak gear manual enam kelajuan atau automatik lapan nisbah kelajuan
  • 130 hp dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan

Manakala versi diesel pula mampu memberikan kuasa seratus ekor kuda dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan. 

 


Varian elektrik e-208 pula dikatakan bakal membawakan trenkuasa yang serupa seperti DS3 Crossback E-Tense, terdiri daripada motor elektrik berkuasa 136 hp/260 Nm dan pek bateri 50 kWh. 

Dari segi pecutan, ia mampu memberikan catatan masa 8.1 saat dari 0-100 km/j dan mengikut kiraan WLTP, 208 EV ini mampu mencapai jarak operasi sekitar 300 km. 

 


Walaupun dengan kehadiran pek bateri pada platform EV ini, e-208 masih mampu memberikan ruang kargo sebesar 220 liter!

Peugeot 208 serba baharu ini akan membuat kemunculan rasmi di acara Geneva Motor Show pada 5 Mac ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pun begitu, Peugeot tetap rajin mengemaskini penawaran model hatchback mereka dengan memberikan…
Berita Global
Sepanjang tempoh tersebut, supermini Perancis itu berjaya mencatatkan angka jualan 206,816 unit,…
Berita Global
Kebiasaannya, kereta mayat akan menggunakan asas daripada sedan bersaiz besar (dengan jarak antara…