Peugeot 208 juarai Car Of The Year 2020 Eropah di Geneva Motor Show

oleh SALINA JALIL|
Walaupun Geneva Motor Show terpaksa dibatalkan baru-baru ini kerana wabak Covid-19, namun acara Car Of The Year (COTY) tahun ini tetap diadakan secara dalam talian.


Dari pelbagai kenderaan yang dicalonkan tetapi terdapat tujuh finalis untuk COTY Eropah tahun ini iaitu BMW 1 Series, Ford Puma, Peugeot 208, Porsche Taycan, Renault Clio, Tesla Model 3 dan Toyota Corolla.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Panel juri seramai 60 orang yang terdiri dari para wartawan permotoran yang datang dari seluruh Eropah telah mengundi kereta baharu terbaik bagi tahun 2020 dan Peugeot 208 telah dipilih sebagai pemenang keseluruhan.

 

Kereta hatchback dari negara Perancis ini, juga boleh didapati dalam varian e-208 elektrik berjaya mengalahkan saingan hebat seperti Tesla Model 3 dan Porsche Taycan EV untuk dinobatkan juara COTY 2020.

 

Jumlah mata/poin untuk ketujuh-tujuh finalis adalah seperti berikut:

1.  Peugeot 208 - 281 mata

2.  Tesla Model 3 - 242 mata

3.  Porsche Taycan  - 222 mata

4.  Renault Clio - 211 mata

5.  Ford Puma - 209 mata

6.  Toyota Corolla - 152 mata

7.  BMW 1 Series  -133 mata

 

Kemenangan Peugeot bukan lah sesuatu yang baharu kerana sebelum ini beberapa model dari negara Perancis ini telah pun memegang takhta juara seperti SUV 3008 pada tahun 2017, model 308 juga pernah menjadi juara pada tahun 2014, model 307 pada tahun 2012 dan beberapa model lain pada tahun-tahun sebelum ini!

 

Rumusan yang dapat dibuat di sini adalah, "jangan pandang sebelah mata Peugeot 208 ini, walaupun saiznya kecil tetapi ia menyengat" dan kami di Careta tidak sabar menunggu ketibaanya di Malaysia nanti!

 

Tahniah Peugeot.

 

 

coty

Berita Berkenaan

Berita Global
Pun begitu, Peugeot tetap rajin mengemaskini penawaran model hatchback mereka dengan memberikan…
Berita Global
Sepanjang tempoh tersebut, supermini Perancis itu berjaya mencatatkan angka jualan 206,816 unit,…
Berita Global
Kebiasaannya, kereta mayat akan menggunakan asas daripada sedan bersaiz besar (dengan jarak antara…