Peugeot 208 2024 facelift - terlebih garang!

oleh Mohamad Hanif|
Generasi kedua Peugeot 208 diperkenalkan pada tahun 2019, di mana ia membawakan bahasa rekaan Peugeot terkini yang tidak langsung pudar walaupun selepas beberapa tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pun begitu, Peugeot tetap rajin mengemaskini penawaran model hatchback mereka dengan memberikan imej baharu yang lebih garang kepada hatchback popular di Eropah itu.
 

208


Dari sudut pandang depan, para pereka Peugeot telah mengubah bahagian tersebut dengan membawakan lampu taring menegak LED yang sama didapati pada model 9X8 Hypercar, sementara lampu utama turut diubah menjadi lampu LED sepenuhnya.

Struktur jeriji pula agak sibuk rekaannya, sementara grafik lampu belakang berbentuk kuku singa telah berubah menjadi tiga jalur melintang.

Selain daripada itu, Peugeot turut menawarkan rim baharu bersaiz 16 dan 17 inci, serta tujuh pilihan warna termasuklah Agueda Yellow, Selenium Grey, Artense Grey, Perla Black, Banquise White, Elixir Red, dan Vertigo Blue.

Varian GT pula mendapat kemasan arka roda berwarna hitam, serta opsyen bumbung berwarna hitam.
 

208


Untuk ruang kabin, terdapat skrin kluster digital 10 inci didatangkan standard untuk trim Allure dan GT, sementara skrin infohibur 10 inci didatangkan standard untuk semua model, lengkap dengan sistem i-Connect, Apple CarPlay dan Android Auto, pengecasan USB-C, serta sokongan pengecas peranti tanpa wayar.

Roda stereng didatangkan dengan logo Peugeot baharu, sementara model bertransmisi manual enam kelajuan dibekalkan dengan tombol gear baharu.

Ya, untuk model tahun 2024 Peugeot 208 masih lagi boleh didapati dengan padanan transmisi manual, khususnya trim PureTech 75 (enjin 1.2L 75 hp) dan PureTech 100 (enjin 1.2L 100 hp).

Terdapat juga varian hibrid ringan 48 voltan ditawarkan untuk enjin 100 hp dan 136 hp.
 

208


Pembeli yang mahukan kereta sifar emisi boleh mendapatkan e-208 berkuasa 156 hp, pek bateri 51 kWh dengan jarak gerak sejauh 400 km untuk sekali cas penuh.

Ia turut menyokong pengecasan AC 7.4 kW atau 11 kW sebagai opsyen, manakala pengecasan pantas pula membolehkan bateri dicas 20-80 peratus dalam masa kurang 25 minit.

Ciri keselamatan standard termasuklah kawalan jelajah adaptif, brek kecemasan automatik, amaran keluar lorong aktif, sistem pemantauan titik buta dan amaran tumpuan pemandu.
 

208


Buat masa ini, Peugeot belum mengumumkan harga jualan rasmi bagi model 208 2024 serta e-208 2024.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sepanjang tempoh tersebut, supermini Perancis itu berjaya mencatatkan angka jualan 206,816 unit,…
Berita Global
Kebiasaannya, kereta mayat akan menggunakan asas daripada sedan bersaiz besar (dengan jarak antara…
Berita Global
Boleh dikatakan, hampir keseluruhan pasaran di Eropah turut mengalami penurunan jualan dua angka,…