Peugeot 2008 SE dilancarkan untuk pasaran Malaysia - Pakej aksesori, grafik unik, harga pakej dari RM2,900

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pengedar tunggal jenama Peugeot, Bermaz Auto Alliance hari ini telah melancarkan Peugeot 2008 Special Edition (SE) yang didatangkan dengan pakej aksesori istimewa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Peugeot 2008 SE dilengkapi dengan pelekat grafik unik pada bonet hadapan dan kedua-dua sisi kereta, untuk menyerlahkan lagi reka bentuknya yang anggun, trim bampar depan dan belakang serta trim sisi disiapkan dalam warna Matte Black.

 

2

 

Peugeot 2008 SE turut menampilkan rim aloi 17 inci berwarna Piano Black yang telah dibangunkan khas untuk menyerlahkan keseluruhan rupa sport SUV itu.

Harga bagi varian asas bermula dari RM136,388, untuk tambahan pakej aksesori Peugeot 2008 SE, ia ditawarkan pada harga RM2,900, menjadikan jumlah keseluruhan bermula dari RM143,871.

 

3

 

Pakej aksesori tersebut turut didatangkan dengan satu tahun PEUGEOT Genuine Accessory Warranty, mengikut tempoh kesesuaian pada masa pembelian kereta baharu.

Model istimewa itu akan mula dikeluarkan pada bulan Mac dan penghantaran dijangka menjelang akhir April, Peugeot 2008 SE didatangkan secara eksklusif hanya dengan dua pilihan warna iaitu Orange Fusion dan Pearl White.

 

4

 

Selain pakej aksesori itu, spesifikasi Peugeot 2008 SE masih sama dengan varian asasnya dimana ia dikuasakan enjin PureTech tiga silinder sebaris 1.2 liter turbo yang menghasilkan 130 HP dan 230 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Bahagian dalaman turut hadir bersama ciri Peugeot i-Cockpit dengan paparan head-up jenis tiga dimensi, diikuti dengan sistem infotainmen tujuh inci, serta sokongan Apple CarPlay dan Android Auto secara standard.

 

5

 

Dari segi keselamatan pula ia dilengkapi ciri keselamatan termaju seperti Visiopark 1 (kamera undur 180 darjah), Bantuan Pengekalan Lorong Aktif, Bantuan Tumpuan Pemandu, Sistem Pemantauan Titik Buta, serta Brek Keselamatan Aktif.

Ia turut dilengkapi dengan enam beg udara SRS, bantuan mula mendaki, dan tidak ketinggalan program kestabilan elektronik (ESP) yang merangkumi ABS, EBD dan Bantuan Brek Kecemasan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merupakan selepas tiga tahun sejak penubuhannya untuk menguruskan pengedaran, jualan dan selepas…
Berita Domestik
Sepanjang tempoh peralihan, Bermaz Auto Alliance akan terus bekerjasama dengan Stellantis bagi…
Berita Domestik
Jason Choong Zheng Xin, pemenang bertuah yang telah membeli sebuah Peugeot 3008 sepanjang kempen…