Petugas PLUS Ronda jadi bidan

oleh SALINA JALIL|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

 

Dua petugas PLUS Ronda menjadi bidan terjun bila mereka membantu seorang wanita yang melahirkan bayi di lebuhraya tersebut.


Kejadian yang berlaku pada jam 11.20 pagi Rabu lalu di KM 20.9 (arah utara, sebelum simpang keluar ke Bukit Lanjan) apabila sebuah lori yang berhenti di laluan kecemasan.
 

Petugas PLUS Ronda Yusof Osman dan Muhammad Al Ammar Borkhan pada ketika itu sedang memberi bantuan kepada sebuah lagi lori yang rosak.
 

Pemandu lori yang berhenti tadi turun dan berlari ke arah kedua petugas tersebut untuk meminta bantuan kerana isterinya sudah mahu bersalin.
 

Petugas PLUS Ronda menghubungi ambulan dan terus memberi bantuan kepada suami tersebut. Namun begitu, wanita itu bersalin sebelum ambulan tiba.
 

Menurut laporan yang Careta terima, bayi dan ibu, kedua-duanya selamat.
 

Tahniah kepada Yusof Dan Al Ammar!

 

pic2

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…