Petter Solberg bersara, Oliver Solberg, remaja 18 tahun melangkah ke dalam WRC

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kejohanan Rali Dunia (WRC) sentiasa mendebarkan dan dramatik, beberapa musim kebelakangan ini menyaksikan Toyota kembali menyertainya dan selepas dua musim berjaya meraih kejuaraan pengeluar pada tahun 2018.

Satu lagi perkara menarik apabila prinsipal pasukan tersebut ialah Tommi Mäkinen, pelumba legenda dengan empat kali kejuaraan WRC bersama pasukan Mitsubishi.

Selain Toyota, satu lagi jenama iaitu Hyundai juga sedang memburu kejayaan dan setakat ini berada di tempat pertama mengatasi Toyota, Citroen dan Ford.

Di antara berita hangat baru-baru ini di dalam dunia rali ialah tentang Oliver Solberg yang memenangi Rali Olympus pada April lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Oliver Solberg will make his WRC debut in Wales

 

Siapakah beliau? Oliver adalah anak kepada Petter Solberg, juara WRC tahun 2003 dan juara dua kali Kejuaraan Ralicross Dunia (WRX) pada tahun 2014 dan 2015. Ibunya, Pernilla Walfridsson juga seorang pelumba rali.

Oliver sebenarnya baru sahaja 17 tahun sewaktu memenangi rali di Amerika Syarikat dan beliau dikhabarkan sebagai bintang yang bakal bersinar di dalam WRC.

Dalam masa bintangnya mula bersinar, Petter Solberg pula akan bersara daripada kareer sebagai pelumba profesional di dalam WRC. Ayah bersara, anak bermula.

Petter akan berlumba buat kali terakhir di dalam WRC pada Rali Wales Great Britain yang berlangsung dari 3 hingga 6 Oktober depan dengan memandu Polo GTI R5 daripada Volkswagen Motorsport.

Mengakhiri karier di dalam pusingan tersebut adalah suatu yang bersejarah bila mana Rali Antarabangsa Great Britain bermula pada tahun 1932 dan telah dilangsungkan sebanyak 74 kali. 

 

Petter Solberg and co-driver Phill Mills won Rally GB four times

 

Oliver baru berusia setahun apabila ayah beliau berlumba di dalam Rali Wales GB dan menjuarai pusingan tersebut pada tahun 2002.

Apa yang membuatkan perlumbaan Rali Wales GB ini lebih bersejarah buat keluarga Solberg ialah, ia bakal menjadi medan penampilan pertama Oliver di dalam WRC dan turut memandu Polo GTI R5 yang sama seperti ayahnya.

Rali Wales sememangnya istimewa buat keluarga ini apabila Petter memenangi empat kali pusingan dengan kali terakhir pada tahun 2005.

Untuk mengesahkan tempat di Rali Wales GB, Oliver terlebih dahulu perlu lulus di dalam ujian pemanduan di Sweden sebelum rali tersebut berlangsung.

Apabila berjaya kelak, nantikan nama Oliver Solberg yang akan disebut-sebut di bibir peminat perlumbaan rali. Umur baru 18 tahun ni bang! Di mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.

Penulis: Muhammad Md Tajudin