PETRONAS Yamaha SRT diiktiraf pasukan bebas terbaik 2020!

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (PETRONAS Yamaha SRT) dinobatkan sebagai 'Independent Team' terbaik 2020, sekali gus mengulangi pencapaian diraih pada tahun pertama penyertaan di Kejuaraan Motosikal Dunia musim lalu.

MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Pasukan tersebut meraih gelaran itu di Grand Prix (GP) Valencia baru-baru ini dengan memperoleh 230 mata manakala Pramac Racing berada di tangga kedua, 163 mata. Pasukan LCR Honda berada di tangga ketiga dengan 134 mata.

"Sebagai sebuah pasukan, kami sangat gembira meraikan gelaran kedua ini yang hadir dalam tahun kedua kami di Kejuaraan Motosikal Dunia," kata Prinsipal Pasukan, Datuk Razlan Razali. "Tahniah kepada semua ahli pasukan, rakan penaja dan penyokong."

Saingan kemuncak musim 2020 yang penuh cabaran disebabkan pandemik COVID-19 dijadual berlangsung di GP Portugal hujung minggu ini dengan dua pelumba pasukan, Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo berada dalam kelompok dua terbaik carta pelumba 'Independent Rider' terbaik.

 


Ketika ini, Morbidelli yang memenangi perlumbaan GP Valencia mendahului carta dengan 142 mata manakala Quartararo berada di tanggga kedua dengan perbezaan 17 mata daripada pelumba dari Itali itu.

"Satu pencapaian yang hebat tetapi saingan masih belum berakhir... masih ada satu lagi perlumbaan yang perlu diharungi," kata Razlan.

Musim lalu, PETRONAS Yamaha SRT mengungguli kedua-dua klasifikasi baik dalam 'Independent Team' dan 'Independent Rider' selain Quartararo muncul selaku pelumba muka baharu (rookie) terbaik dan pasukan menutup tirai 2019 dengan berada di tangga keempat terbaik dalam kedudukan pasukan bertanding di kelas perdana itu.

 

Sumber: Berita Harian, Twitter PETRONAS SRT

Berita Berkenaan

MotorGP
Valencia berdepan bencana banjir teruk pada minggu ini yang bukan saja mengakibatkan kerosakan…
Sukan Bermotor
Repsol mula menaja Honda apabila mereka memasuki perlumbaan Grand Prix pada tahun 1995 dan sejak…
Berita Domestik
Acara itu menandakan pengumuman Grand Prix PETRONAS Malaysia 2024 (MotoGP Malaysia) yang…