Petronas temui telaga minyak baharu di Baram, Sarawak

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Petroliam Nasional Bhd, atau Petronas, pada Rabu mengumumkan menemui minyak dari telaga eksplorasi Dokong-1 dalam kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) Blok SK417.


Penemuan minyak bebas pencemaran di Dokong-1, di perairan cetek Baram berhampiran pantai Sarawak.


"Ini juga membuktikan terdapat banyak lagi sumber minyak di kawasan itu," kata Petronas dalam satu kenyataan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Telaga tersebut berjaya digerudi hingga mencecah kedalaman 3,810 meter (12,500 kaki) pada pertengahan Januari 2021.

 

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia Petronas, Mohamed Firouz Asnan berkata, firma itu dan pihak PSC sedang melakukan penilaian lebih lanjut berkaitan penemuan tersebut.

 

PTTEP HK Offshore Limited adalah pengendali blok tersebut, dengan 80% kepentingan, sementara baki kepentingan dipegang unit Petronas, Petronas Carigali Sdn Bhd.

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
  Kerja penggerudian penerokaan telaga Polok-1 bermula dari 29 Februari 2020, serentak diikuti…