PETRONAS temui minyak di Teluk Mexico

oleh SALINA JALIL|
PETRONAS menerusi anak syarikatnya, Progress Resources USA Ltd (PRUL) bersama-sama dengan rakan penerokaannya, mengumumkan penemuan minyak di telaga eksplorasi Monumen, di luar pesisir Teluk Mexico, Amerika Syarikat (AS).


Penemuan itu menandakan pencapaian penting buat syarikat minyak negara itu untuk mengukuhkan dan membangunkan usahanya di benua Amerika.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

PETRONAS sedang mempelbagaikan dan mengembangkan portfolio perniagaan minyak dan gasnya di AS dan luar pesisir Teluk Mexico.

 

Penerokaan di telaga yang amat dalam itu telah digerudi sejauh kedalaman 10,164 meter dan menemui kira-kira 60 meter pasir mengandung minyak bersih di Lower Wilcox dari batu pasir Paleogene.

 

Dengan penemuan itu, kerja penilaian lanjut diperlukan untuk menentukan potensi penuh pengumpulan minyak.

 

Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan PETRONAS, Adif Zulkifli berkata penemuan di Teluk Mexico AS itu adalah perkembangan yang menggalakkan untuk PETRONAS ketika syarikat itu terus mengejar peluang di luar Malaysia.

 

Katanya, ia adalah sejajar dengan strategi pertumbuhan tiga serampang PETRONAS iaitu untuk mengembangkan perniagaan teras minyak dan gas syarikat itu dengan mengembangkan asas sumbernya.

 

"Ini adalah kemasukan dan penemuan pertama syarikat dalam operasi minyak dan gas di Teluk Mexico AS. Kami akan terus meneroka peluang di rantau Amerika dan mengukuhkan kelestarian portfolio global kami, "katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

 

Eksplorasi Monumen itu terletak di pusat Teluk Mexico AS.

 

Ia dikendalikan oleh Equinor Gulf of Mexico LLC dengan 50 peratus kepentingan kerja sementara PRUL memegang 30 peratus dan Repsol E&P USA Inc memiliki baki 20 peratus.

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula 1 November 2022 hingga 31 Januari 2023, kempen Mesra Bonanza Lagi Onz ini menawarkan hadiah…
Informasi
  Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani, berkata sebagai sebahagian…
Berita Domestik
Ia dimulakan dengan kempen tahunan PETRONAS Coffee Break, salah satu kempen keselamatan jalan raya…