Petronas tawar pembayaran guna aplikasi telefon Setel

oleh HEZERI SAMSURI|

Pasti anda tahu bahawa pembayaran menggunakan kad debit atau kad kredit di stesen minyak akan menyebabkan sistem perbankan online itu "memegang" duit anda sebanyak RM200 untuk tempoh sehari atau lebih.

Jika tidak, anda boleh beratur di kaunter dan bayar secara terus kepada juruwang.

Petronas bagaimanapun menawarkan cara pembayaran alternatif dengan menggunakan aplikasi telefon mereka.

Aplikasi yang diberi nama Setel ini telah mula diuji sejak bulan Julai 2018 dan menerima pujian dari 10,000 penggunanya.

"Kami juga menerima sambutan menarik di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur minggu lalu," ujar Iskandar Ezzahdudin, Ketua Setel.

Setel boleh digunakan di lebih dari 40 stesen Petronas di dalam Lembah Klang dan akan hadir ke lebih 600 stesen lagi menjelang Jun tahun hadapan.

"Ia akan boleh digunakan di seluruh negara pada penghujung tahun 2019," sambung Iskandar.

Setel boleh didapati untuk platform Android dan iOS. Ia juga akan boleh digunakan untuk membeli produk di kedai Mesra bermula pada Januari 2019.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Melalui entiti gabungannya Amplus Power Supply Private Limited, Gentari telah menandatangani MoU…
Berita Domestik
Untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY2022), PETRONAS mencatatkan keuntungan bersih…
Sukan Bermotor
  Semasa pasukan Honda Petronas MIE Racing terus bersaing dalam Superbike Dunia dengan pelumba - …