Petronas sumbang peralatan bantuan banjir Terengganu termasuk empat bot

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menyumbangkan empat bot dilengkapi enjin, tangki bahan api serta roda mudah alih kepada agensi penyelamat di Terengganu sebagai persediaan menghadapi banjir.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata turut disalurkan 1,000 unit khemah perlindungan mangsa banjir, jaket keselamatan (700 unit) serta baju hujan (7,000 helai).

 

Beliau berkata bantuan itu adalah sebahagian daripada sumbangan berjumlah RM25 juta yang diperuntukkan oleh Petronas untuk mangsa banjir tahun ini.

 

"Petronas amat menghargai dan berterima kasih atas komitmen yang diberikan oleh pihak berkuasa dalam usaha menyelamat mangsa banjir selama ini.

 

"Kami berharap sumbangan ini dapat melancarkan lagi tugas pasukan penyelamat ketika bencana banjir," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

 

Petronas turut menyumbang peralatan operasi banjir terbabit ke semua negeri di seluruh negara.

 

Menurut Mohammad Ahmad Shazly sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Farouk Husin Tengku Abd Jalil dalam majlis ringkas di Wisma Darul Iman hari ini.

 

 

- Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…
Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…
Berita Domestik
  Ia berkata lebih separuh daripada penemuan itu berada dalam Lembangan Sarawak, terutamanya dalam…