PETRONAS SRT promosi Visit Malaysia di British GP

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team menunjukkan sokongan mereka terhadap kempen Tourism Malaysia, iaitu Visit Malaysia 2020 pada acara British Grand Prix.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kedua-dua jentera Yamaha YZR-M1 yang dikendalikan oleh Franco Morbidelli dan Fabio Quartarato bergaya disamping Teksi London yang memakai liveri Visit Malaysia 2020. 

Sebanyak 135 buah Teksi London dengan hiasan liveri Visit Truly Asia Malaysia itu bakal mewarnai jalan raya London bagi memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi utama di Asia untuk para peminat sukan permotoran. 
 


Bagi menunjukkan sokongan terhadap Visit Malaysia 2020, pemilik Sepang Racing Team, Litar Antarabangsa Sepang akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa, termasuklah pusingan MotoGP 2019 yang akan berlangsung pada 1-3 November ini. 

Selain daripada itu, SIC juga akan menganjurkan FIM Endurance World Championship (EWC) dan FIA World Touring Car Cup (WTCR) dengan membawakan tagar #RoadToMalaysia. 

Sebanyak sekurang-kurangnya 30 buah pasukan akan bertanding di dalam 8 Hours of Sepang dan bakal menjadi pusingan kelayakan kepada perlumbaan Suzuka 8 Hours yang akan berlangsung pada 2020. 

Manakala pusingan WTCR bakal menjadi musim terakhir dengan penyertaan daripada 26 buah musim penuh dari lapan buah pengeluar automotif yang berbeza, selain menjadi perlumbaan malam pertama di Sepang menggunakan sistem lampu limpah tercanggih. 
 


Menurut Datuk Musa Yusof, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, "dengan kerjasama antara Tourism Malaysia dan Litar Antarabangsa Sepang, ia bakal membuktikan bahawa acara permotoran seperti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada industri pelancongan, malah ia juga memberi kebaikan kepada ekonomi di Malaysia.

Dalam pada itu, Datuk Razlan Razali selaku CEO SIC dan juga Ketua Pasukan PETRONAS SRT berkata, "SIC berasa bangga kerana menjadi tarikan utama kepada pelancong, jadi kami mengalu-alukan kempen Visit Malaysia 2020 ke dalam ulang tahun yang ke-20 penganjuran sukan ini.

"MotoGP -  dengan lebih 290 juta tontonan di 59 buah negara, dan ratusan juta pengikut di media sosial, ia merupakan satu platform sesuai untuk kami mempromosikan Malaysia ke mata dunia.

 


Johan Stigefelt, Pengarah Pasukan Sepang Racing Team berkata, "Sebagai sebuah pasukan, kami melawat Malaysia sekurang-kurangnya dua kali setahun, dan ia merupakan destinasi yang benar-benar kami sukai. 

"SIC sudah pasti merupakan destinasi sukan permotoran terbaik, dan ia dikelilingi dengan pelbagai lokasi yang menarik untuk menikmati kepelbagaian budaya Asia. 

Berita Berkenaan

MotorGP
Ditawarkan dalam kuantiti terhad 100 helai sahaja, setiap satu barangan tersebut dibuat secara…
MotorGP
Dalam satu temubual yang diadakan secara maya baru-baru ini, Razlan menegaskan pasukan baharu SRT…
MotorGP
Namun begitu, Prinsipal pasukan SRT, Datuk Razlan Razali serta Pengurus Pasukan Johan Stigelfelt…