PETRONAS SRT mahu aksi yang lebih baik musim MotoGP 2020

oleh Mohamad Hanif|
Beraksi cemerlang pada musim perlumbaan 2019, PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team terus berazam untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai pasukan Malaysia pertama di dalam MotoGP musim 2020.

Musim perlumbaan tahun lalu menyaksikan pasukan tersebut berjaya menjadi Top Independent Team yang memperoleh kedudukan keempat secara keseluruhan, dengan pelumba Fabio Quartararo dinobatkan sebagai Rookie of The Year dan juga Top Independent Rider. 

 


Perjuangan musim perlumbaan tahun ini bakal diteruskan dengan penampilan jentera Yamaha YZR-M1 yang kini dihiasi dengan liveri terbaharu PETRONAS sebagai permulaan kempen MotoGP 2020.

Fabio bakal mengendalikan jentera YZR-M1 spesifikasi pengilang manakala Franco pula akan menunggang jentera spesifikasi A.

Menurut prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali, berkata pasukannya berhasrat memperbaiki dalam semua aspek walaupun berdepan dengan harapan dan tekanan yang tinggi.
 


“Memang tahun ini jangkaan dan tekanan lebih tinggi kalau dibandingkan dengan 2019 dan setakat ini kita tidak mahu buat sebarang ramalan sehingga kita menguji jentera baharu bermula esok.

“Dari segi keseluruhan kita nak lebih baik di segenap aspek dan memperbaiki kedudukan pasukan pada musim ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan pasukan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, hari ini.

Mengenai motivasi penunggang pasukan, Razlan percaya Quartararo dan rakan sepasukan, Franco Morbidelli bersedia menyahut cabaran musim baharu.

Apatah lagi, Quartararo sudah menandatangi kontrak bersama Yamaha sehingga 2022, Razlan berkata ia akan menjadi rangsangan untuk Morbidelli meningkatkan prestasi sepanjang musim ini.
 


“Saya percaya dengan kariernya sudah terjamin sehingga 2022, beliau (Quartararo) boleh fokus kepada musim 2020 dan cuba menamatkan perlumbaan di podium sebanyak mungkin.

“Kita akan nilai Franky (Morbidelli) dalam lima atau enam perlumbaan pertama untuk tentukan sama ada kita nak menyambung kontraknya atau tidak tetapi sebagai pelumba berpotensi saya yakin dia akan gunakan situasi ini sebagai motivasi untuk buat yang terbaik,” katanya.

 

Berita Berkenaan

MotorGP
Perkembangan ini sekaligus menjadi satu pencapaian baharu di dalam sejarah MotoGP apabila Aprilia…
Informasi
  Malah katanya, berita ini pastinya akan membantu menarik semula kehadiran orang ramai bagi…
Informasi
Malah, pusingan perlumbaan MotoGP di Litar Mandalika akan berlangsung buat kali pertama di lokasi…