PETRONAS SRT 2021 bakal tampil gandingan Rossi-Morbidelli?

oleh Mohamad Hanif|
Cakap-cakap berkenaan kemasukan pelumba Valentino Rossi ke dalam pasukan PETRONAS SRT semakin hangat apabila berita tersebut disahkan sendiri oleh Datuk Razlan Razali untuk musim perlumbaan 2021 sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, laporan terkini daripada media mendakwa juara dunia sembilan kali itu  hampir pasti menyertai pasukan PETRONAS SRT untuk digandingkan dengan pelumba Morbidelli.

Setelah Yamaha membuat keputusan untuk memfokuskan penempatan Quartararo ke dalam pasukan utama, pengeluar tersebut berjanji untuk menawarkan jentera rasmi untuk Valentino sekiranya pelumba tersebut berminat untuk berlumba kembali.

Morbidelli berjaya menamatkan musim perlumbaan tahun lalu di kedudukan ke-10 manakala bekas rakan sepasukannya Quartararo pula beraksi cemerlang di kedudukan kelima selepas meraih enam kedudukan pole dan tujuh podium.

 


Malah, sebelum perlumbaan MotoGP ditangguhkan akibat COVID-19, Quartararo telah pun dijanjikan jentera YZR-M1 dengan spesifikasi yang sama seperti jentera Vinales dan Rossi untuk musim hadapan.

Difahamkan, musim perlumbaan MotoGP dijadualkan bermula pada bulan Julai di Jerez, Sepanyol.

Manakala perjanjian di antara Valentino Rossi dan Pasukan PETRONAS SRT akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sumber: GP One

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…