PETRONAS Sprinta Bonanza : masih ada 3 Yamaha Y15ZR, 3 - YZF-R25 dan sebuah R6 menanti anda!

oleh SALINA JALIL|
PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) hari ini meraikan pemenang bulan Jun untuk peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza.

Pemenang bertuah yang berasal dari Permatang Pasir adalah Ahmad Shafiq bin Ahmad Sharifudin berusia 23 tahun. Ahmad Shafiq yang bertugas sebagai pelatih kesihatan hanya membelanjakan sebanyak RM70 untuk pembelian dua botol minyak pelincir Sprinta F700 dan layak menyertai peraduan.

cotest

 

Hadiah bulanan yang berupa sebuah motosikal YAMAHA Y15ZR disampaikan oleh Ketua Peruncitan PLMM, Encik Mohd Bahrin Mohd Yunus di PETRONAS Tanah Liat yang merupakan stesen dimana belian Sprinta berkenaan dibuat oleh Ahmad Shafiq.

 

Peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza yang telah bermula 11 Mac lalu masih berlangsung dan akan tamat pada 30 September 2019.

 

Sebanyak tujuh (7) buah hadiah bulanan YAMAHA Y15ZR ditawarkan manakala hadiah kedua sebanyak tiga (3) buah YAMAHA R25, sementara hadiah utama merupakan sebuah motosikal berkuasa tinggi, YAMAHA R6 yang bernilai lebih RM100,000

 

Lebih menarik ialah semua motosikal yang ditawarkan diberi sentuhan ‘airbrush livery’ sempena pasukan PETRONAS YAMAHA SRT di kejohanan dunia MotoGP. 

 

Berikut ialah senarai pemenang motosikal YAMAHA Y15ZR setakat ini :-


Pemenang bulan Mac  2019  :    Sahrulnaim bin Sahrahan

mac

 

 

Pemenang bulan April 2019    :    Mohd Arif bin Mohmad Yasin

 

april

 


Pemenang bulan Mei 2019    :    Muhamad Faez bin Aju

 

mei

 

 

Pemenang bulan Jun 2019   :    Ahmad Shafiq bin Ahmad Sharifudin

 

jun

 

 

 

Masih terdapat tiga (3) buah YAMAHA Y15ZR (atau popular dengan nama Ysuku) untuk dimenangi sehingga tamat tempoh peraduan.

 

Hadiah kedua dan utama bakal disampaikan di Litar Sepang bersempena MotoGP pada November nanti oleh pelumba-pelumba pasukan PETRONAS YAMAHA SRT iaitu Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

 

Maklumat lanjut peraduan boleh didapati di laman sosial Facebook PETRONAS Sprinta Malaysia dan Instagram @petronas_sprintamy.

 

Lihat sendiri vlog tentang hadiah utama Yamaha R6 ini:

 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau bersyukur dengan rezeki berkenaan dan memberitahu suaminya memang sudah berhasrat untuk…
Berita Domestik
Masih belum terlambat untuk anda menyertai peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza dan berpeluang untuk…