PETRONAS, Shell jalin kerjasama teknologi perangkap, simpan karbon (CCS)

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menandatangani perjanjian dengan subsidiari Royal Dutch Shell pada 11 Januari untuk berkolaborasi dalam teknologi perangkap dan penyimpanan karbon (CCS) di rantau Asia Tenggara.

Di bawah usaha sama kajian dan kolaborasi (JSCA) ini, PETRONAS dan Sarawak Shell Berhad akan melaksanakan kajian Pelan Pembangunan Kawasan di beberapa lokasi pesisi pantai Sarawak.

Menurut naib presiden eksekutif PETRONAS, Adif Zulkifli yang merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Huluan PETRONAS berkata, "ini merupakan salah satu daripada usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hab penyelesaian CCS di rantau ini.

PETRONAS menjelaskan skop perjanjian yang termeterai merangkumi penerokaan penyediaan perkhidmatan nyahkarbon kepada fasiliti lokal dan rentas sempadan Shell, serta kepada pelanggan berpotensi di rantau ini.

PETRONAS pada tahun lalu turut menandatangani perjanjian persefahaman dengan ExxonMobil Exploration and Production Malaysia, serta dengan POSCO International Corporation dan POSCO Engineering Construction untuk meneroka peluang di dalam teknologi CCS itu tadi.

Sumber: CNA

Berita Berkenaan

Berita Global
Melalui entiti gabungannya Amplus Power Supply Private Limited, Gentari telah menandatangani MoU…
Berita Domestik
Untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY2022), PETRONAS mencatatkan keuntungan bersih…
Sukan Bermotor
  Semasa pasukan Honda Petronas MIE Racing terus bersaing dalam Superbike Dunia dengan pelumba - …