PETRONAS setuju PETROS jadi agregator gas tunggal di Sarawak

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Syarikat minyak dan gas milik Sarawak, Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) kini menjadi agregator gas tunggal di negeri itu.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata ia berikutan PETROS dan PETRONAS telah mencapai resolusi bersama berkaitan urusan pengagihan gas.

Keputusan itu dimaklumkan oleh pihak PETRONAS kepada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi.

Kerajaan Sarawak sebelum ini memutuskan bahawa PETROS akan mengambil alih peranan dalam semua aktiviti jual beli gas asli di negeri itu bermula 1 Julai lalu, namun PETRONAS meminta penangguhan pelaksanaan pengambilalihan itu kerana pengagihan gas ke Loji LNG di Bintulu akan terjejas.

Kerajaan Sarawak memberi tempoh lanjutan tiga bulan kepada PETRONAS untuk memuktamadkan susunan penyeliaan pengagihan gas di Sarawak dengan PETROS dan tempoh itu berakhir bulan Oktober.

Bacaan seterusnya di Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, oleh sebab itu tidak semua hasil syarikat minyak negara itu boleh digunakan sesuka hati…
Berita Domestik
"Sejak 2014 hingga 2015 lagi, sudah ada penerimaan hakikat bahawa Malaysia menjadi pengimport…
Berita Domestik
"Langkah ini sangat membantu rakyat dan negara,” kata Anwar menerusi video taklimat ringkas pada…