Menurut laporan dari Harian Metro, Petronas berkata, kejadian itu dipercayai membabitkan kontraktor pihak ketiga yang melakukan kerja-kerja tidak berkaitan dengan operasi SSGP berhampiran kawasan izin lalu (ROW) saluran paip.
"Laporan polis telah dibuat berhubung kejadian ini dan siasatan menyeluruh akan dilaksanakan," katanya lagi.
Syarikat minyak dan gas milik negara itu berkata, ia telah menggerakkan pasukan bertindak kecemasan ke kawasan insiden berkenaan.
"Petronas sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam mengawal situasi serta memastikan keselamatan komuniti dan kawasan sekitarnya," katanya.